Wednesday, 9 November 2016




HAK ASASI KANAK-KANAK 

Fahamilah hak kanak-kanak 



Hak asasi manusia adalah untuk semua umat manusia termasuk kanak-kanak. Ya!, kanak-kanak seluruh dunia sebenarnya mempunyai hak yang sama seperti orang dewasa.Perkara itu termaktub dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).PBB menyedari kanak-kanak berbeza daripada orang dewasa. Untuk itu kanak-kanak mempunyai keperluan yang berlainan kerana masih bergantung kepada orang dewasa untuk menjaga mereka.Bagi menjamin kepentingan kanak-kanak, PBB telah merangka sebuah perjanjian antarabangsa khusus mengenai hak asasi untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.Konvensyen tersebut telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong PBB pada tahun 1989.Bagi mereka yang tidak mengetahui apa itu 'hak' ataupun mungkin mempunyai pemahaman sendiri tentang perkataan 'hak', merupakan perkara asas yang individu perlu miliki.Hak ini perlu untuk hidup sempurna dan sejahtera dalam masyarakat.Contohnya kita mempunyai hak untuk bersekolah dan kalau tidak sudah tentu kita tidak tahu membaca dan menulis.Kanak-kanak di seluruh dunia tidak kira bangsa, warna kulit dan agama mempunyai hak yang sama rata, baik lelaki atau perempuan, miskin atau kaya, berupaya atau kurang upaya.Tiada seorang pun kanak-kanak yang dipinggirkan dan semua kanak-kanak mempunyai empat hak utama iaitu:

1. Hak kehidupanSemua kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup. Orang dewasa hendaklah memelihara kanak-kanak agar mereka boleh hidup dan membesar dengan sihat.Ini bermakna mereka perlu memastikan kanak-kanak diberi makanan dan pakaian yang sempurna.Sekiranya kanak-kanak tersebut sakit, mereka (orang dewasa) bertanggungjawab memberi rawatan agar anda sembuh.


2. Hak perlindunganOrang dewasa hendaklah memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Anda ada hak untuk dijauhi daripada dadah, dilindungi daripada penjahat dan kecederaan supaya anda dapat hidup dengan sempurna seperti orang lain.Anggota polis boleh melindungi anda, begitu juga ibu bapa anda.


3. Hak perkembanganKanak-kanak berhak untuk ke sekolah dan sebagai kanak-kanak, banyak perkara yang perlu dipelajari agar dapat menjadi seorang dewasa yang cerdik dan sempurna.Maka, orang dewasa hendaklah memastikan kanak-kanak dapat belajar sebaik mungkin dan cara terbaik untuk belajar adalah dengan ke sekolah.


4. Hak penyertaanSemua kanak-kanak mempunyai hak untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain dan berkawan. Mereka boleh menyertai kelab atau persatuan dan berbincang sesama rakan anda dengan bebas.Sehubungan itu, mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun ditakrifkan sebagai kanak-kanak dan mereka ini juga mempunyai hak masing-masing.Untuk itu ada undang-undang yang menyatakan adalah hak anda sebagai kanak-kanak agar tidak dibuli dan menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah dan polis melindungi anda dan hak-hak anda sebagai seorang kanak-kanak.


Akta-Akta Untuk Melindungi Hak Kanak-kanak di Malaysia

Beberapa bentuk perundangan yang melindungi hak kanak-kanak di Malaysia antaranya;

i] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)

ii] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)

iii] Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)

iv] Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

 

 


i] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)   

 

Merupakan satu akta bagi peruntukan mengenai permuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, serta mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya

 

· Dalam Seksyen 2 Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, dikatakan kanak-kanak memerlukan perlindungan jika;

1. Kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiaya oleh penjaganya dari segi fizikal, emosi atau seks
2. Penjaga kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak tersebut 

3. Penjaga kanak-kanak telah abai atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak



4. Kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan, penjaga itu tidak dijumpai dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memlihara kanak-kanak itu

5. Kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan dan memelihara kesihatannya dan penjaganya telah mengabaikan atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian

6. Kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara atau yang mungkin memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan penjaganya tidak berupaya atau keberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh penjaga itu gagal




7. Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan penjaganya atau penjaga-penjaganya sehingga hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius.

8. Kanak-kanak itu terlibat dengan mana-mana kesalahan yang tersebut dalam Bab XVI Kanun Keseksaan atau mana-mana kesalahan daripada jenis yang diperihalkan dalam bahagian VI telah atau dipercayai telah dilakukan dan penjaganya ialah orang yang melakukan kesalahan sedemikian atau telah tidak melindunginya atau tidak mungkin akan melindunginya daripada sedemikian

ii] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)

 


Akta ini merupakan peruntukan yang berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak. Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun



iii] Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)

 

Dalam konteks melindungi  hak kanak-kanak, kerajaan juga telah memperuntukan undang-undang dalam pengambilan anak angkat. Hal ini bertujuan mengawal selia kes-kes permohonan mengambil anak angkat. Peruntukan undang-undang ini sebagaimana dikanunkan di dalam Ordinan Mengangkat Anak 1960 (Adoption Ordinance) dan Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961 (Adoption Rules 1961). Peruntukan undang-undang ini adalah untuk memastikan kebajikan dan masa depan anak angkat terjamin


 




iv] Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

 


 

Akta ini  menyatukan tiga undang-undang yang terdahulu, iaitu 

a] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

b] Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973

c] Akta Mahkamah Juvenil

Penggubalan akta ini adalah usaha untuk memastikan perlindungan pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak

· Penggubalan akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Hak Kanak-kanak. Akta ini mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyelia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak membuat laporan sekiranya berlaku kes penderaan kanak-kanak
· Akta ini membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kategori;
i] Kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindungan
ii] Kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan
iii] Kanak-kanak yang dilarikan atau dijual
iv] Kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah
v] Kanak-kanak yang tidak dapat dikawal, dan
vi] Kanak-kanak yang mengemis



· Peruntukan dalam Seksyen 31; mana-mana individu termasuk ibu bapa, penjaga atau individu yang diberi kuasa untuk menjaga anak, boleh didakwa atas kesalahan mengabaikan atau cuai terhadap kanak-kanak
·  Secara spesifikasinya, akta ini memperuntukan bahawa adalah menjadi kesalahan meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang munasabah (Seksyen 33)


Keratan Akhbar & Video [ Penderaan & Diskriminasi Kanak-kanak]



  • Keratan Akhbar



 

 

“hak kanak kanak”的图片搜索结果

  • Video





















USAHA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK



Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak. Antaranya; 

 

1. Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti atau program pencegahan dan pemulihan dijalankan

2. Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah

3. Pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-kanak dan Kanak-kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri



4. Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1984 bertujuan memastikan standart minimum penjagaan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak telah dikaji semula untuk menetapkan penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak

5. Selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak, usaha telah dibuat untuk menggalakkan penglibatan kanak-kanakdalam penggubalan dan proses membuat keputusan. Misalnya;
  • Kanak-kanak dilibatkan dalam penilaian Pelan Tindakan Negara [NPA] Pertama dan merangka Pelan Tindakan Negara Kedua
  • Pelan Tindakan Negara Kedua mengambil kira elemen-elemen yang terkandung dalan Konvensyen Hak Kanak-kanak, iaitu yang berhubung dengan keperluan hidup, perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak

“hak kanak kanak”的图片搜索结果



“hak kanak kanak”的图片搜索结果


“hak kanak kanak”的图片搜索结果






“hak kanak kanak”的图片搜索结果




Sumber:
 





No comments:

Post a Comment