Wednesday, 9 November 2016


5 Hak Asasi Perempuan Sebagai Bagian Dari Hak Asasi Manusia

1
SuaraKita.org  – Hak asasi perempuan sebagai hak asasi manusia adalah bukan hal yang baru, dan terlihat semakin menguat tuntutannya dari waktu ke waktu. Korban dari pelanggaran hak asasi perempuan mulai menuntut hak dan mencari jaminan atas haknya untuk kemudian memperoleh haknya tersebut. Hak Asasi Perempuan, yaitu hak yang dimiliki oleh seorang perempuan, baik karena ia seorang manusia maupun sebagai seorang perempuan. Berdasarkan Konvensi mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Perempuan (The Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women/CEDAW), yang ditandatangani pada 1979 dalam konferensi yang diadakan Komisi Kedudukan Perempuan PBB. Ini adalah 5 hak asasi perempuan yang harus diketahui.

  1. Hak dalam ketenagakerjaan
Setiap perempuan berhak untuk memiliki kesempatan kerja yang sama dengan laki-laki. Hak ini meliputi kesempatan yang sama dari proses seleksi, fasilitas kerja, tunjangan, dan hingga hak untuk menerima upah yang setara. Selain itu, perempuan berhak untuk mendapatkan masa cuti yang dibayar, termasuk saat cuti melahirkan. Perempuan tidak bisa diberhentikan oleh pihak pemberi tenaga kerja dengan alasan kehamilan maupun status pernikahan.
  1. Hak dalam bidang kesihatan
Perempuan berhak untuk mendapatkan kesempatan bebas dari kematian pada saat melahirkan, dan hak tersebut harus diupayakan oleh negara. Negara juga berkewajiban menjamin diperolehnya pelayanan kesehatan, khususnya pelayanan KB, kehamilan, persalinan, dan pasca-persalinan.
  1. Hak yang sama dalam pendidikan
Seperti salah satu poin perjuangan RA Kartini, setiap perempuan berhak untuk mendapatkan kesempatan mengikuti pendidikan, dari tingkat dasar hingga universitas. Harus ada penghapusan pemikiran stereotip mengenai peranan laki-laki dan perempuan dalam segala tingkatan dan bentuk pendidikan, termasuk kesempatan yang sama untuk mendapatkan beasiswa.
  1. Hak dalam perkahwinan dan keluarga
Perempuan harus ingat bahwa ia punya hak yang sama dengan laki-laki dalam perkawinan. Perempuan punya hak untuk memilih suaminya secara bebas, dan tidak boleh ada perkawinan paksa. Perkawinan yang dilakukan haruslah berdasarkan persetujuan dari kedua belah pihak. Dalam keluarga, perempuan juga memiliki hak dan tanggung jawab yang sama, baik sebagai orang tua terhadap anaknya, maupun pasangan suami-istri.
  1. Hak dalam kehidupan publik dan politik
Dalam kehidupan publik dan politik, setiap perempuan berhak untuk memilih dan dipilih.Setelah berhasil terpilih lewat proses yang demokratis, perempuan juga harus mendapatkan kesempatan yang sama untuk berpartisipasi dalam perumusan kebijakan pemerintah hingga implementasinya.
Selain itu Hak Asasi Perempuan juga tertuang dalam Undang-Undang No 39 Tahun 1999 mengenai Hak Asasi Manusia  dalam pasal 45 – 51 dan dalam pasal 71 pemerintah memiliki kewajiban dan tanggung jawab untuk menghormati, melindungi dan menegakkan Hak Asasi Perempuan sebagai bagian dari Hak Asasi Manusia dalam rangka melaksanakan Ketetapan Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia Nomor XVII/MPR/1998 tentang Hak Asasi Manusia. (Radi arya Wangsareja)

Sumber :


  • ARTIKEL


Wanita perlu tahu hak perundangan


Wanita di Malaysia sama seperti di negara-negara lain, mempunyai pelbagai halangan dan rintangan sepanjang perjalanan kehidupan berumah tangga. Penderaan fizikal dan mental, penganiayaan seksual, suami berkahwin lain, suami tidak memberi nafkah zahir, dan sebagainya, adalah antara situasi yang biasa kita dengar berlaku yang akhirnya perceraian menjadi penyelesaian kepada segala masalah.
Baik suami mahupun isteri, tiada siapa yang suka berlakunya perceraian meskipun mungkin hanya dengan itu sahaja masing-masing dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Apabila sudah diputuskan oleh mahkamah pasangan berhak bercerai, ia sebenarnya turut memberi kesan yang mendalam terutamanya tentang hal yang melibatkan penjagaan anak, pembahagian harta, malah status kewarganegaraan anak sekiranya bekas pasangan adalah bukan warganegara.
Ramai yang tidak menyedari bahawa selepas bercerai mereka sebenarnya telah diputuskan hak masing-masing dalam undang-undang Malaysia.
Namun, kejadian yang berlaku di sekeliling kita menunjukkan masih ramai yang tidak tahu tentang hak mereka.
Bagi yang berfikiran bahawa mereka telah arif tentang selok belok sistem perundangan, mereka akan mendapati terdapat aspek-aspek tersembunyi yang agak sukar untuk difahami.
Lebih malang, apabila sesetengah pengamal undang-undang sendiri turut mengalami perkara yang sama.
Terdapat tambahan kepada satu lagi dimensi kepada hak-hak wanita dalam undang-undang di negara ini, iaitu sejarah undang-undang yang kompleks di Malaysia menyebabkan wujudnya dwi sistem terutamanya dalam kes undang-undang keluarga, di mana terdapat satu set undang-undang untuk orang Islam dan satu lagi untuk bukan Islam.
Walaupun peranan wanita dalam masyarakat kita cukup terserlah dan amat penting dalam rancangan pembangunan jangka panjang negara, masih terdapat beberapa isu yang membimbangkan.
Malaysia telah mengiktiraf undang-undang yang lebih menyeluruh mengenai gangguan seksual, status kewarganegaraan anak-anak wanita Malaysia dengan pasangan asing serta isu-isu lain melalui sistem perundangan sivil dan perundangan syariah.
Melalui Forum Wanita dan Undang-Undang anjuran Kelab Zonka Kuala Lumpur, mereka cuba membantu wanita supaya lebih memahami undang-undang dan isu yang berkaitan serta mewujudkan kesedaran mengenai status hak-hak wanita dalam konteks undang-undang di Malaysia.
Wanita perlu tahu hak perundangan
Salah seorang panel jemputan, ahli jawatankuasa eksekutif Persatuan Peguam Wanita (AWL), Kiran Dhaliwal berkata, dari segi perspektif undang-undang sivil, wanita yang telah berkahwin telah diputuskan hak mereka di bawah Akta Perempuan Bersuami 1957.
“Secara konservatif, kebanyakan wanita menganggap segala harta yang dimilikinya sebelum berkahwin akan menjadi milik bersama selepas menjadi isteri dan mereka tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk hadir ke mahkamah menuntut kembali hartanya selepas berlakunya perceraian.
“Di Malaysia, Akta Perempuan Bersuami 1957 telah digubal untuk membolehkan isteri mempunyai hak sebagai individu yang berasingan daripada suami mereka, namun ramai yang tidak mengetahui tentang undang-undang ini.
“Isteri diberi hak untuk memperoleh dan memegang harta, mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menjalankan dan mematuhi kontrak. Mereka sebenarnya boleh membawa tindakan ke mahkamah dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri bagi apa-apa kontrak, hutang atau kewajipan," katanya.
Beliau yang juga jurulatih advokasi bagi Kursus Latihan Advokasi Majlis Peguam Malaysia berkata, wanita perlu bersuara untuk menyampaikan permasalahan masing-masing supaya tidak ditindas.
Mereka boleh berbuat demikian menerusi saluran yang betul seperti melalui badan bukan kerajaan (NGO) wanita seperti All Women Action Society (AWAM), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), dan AWL sendiri.
Menurutnya, atas inisiatif itu juga, NGO ini berjaya menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang melindungi wanita sehingga tergubalnya Akta Keganasan Rumah Tangga yang bersifat bebas gender.
Ia bukan sekadar melindungi pasangan yang masih bersama, tetapi juga pasangan yang telah berpisah, anak-anak mereka, mana-mana individu dewasa yang tidak berkemampuan, dan sesiapa sahaja ahli keluarga yang berkaitan.
“Secara kasarnya, keganasan rumah tangga dianggap sebagai satu bentuk jenayah yang lebih mengancam kaum wanita berbanding kaum lelaki. Mana-mana pihak yang telah didapati pernah menjadi mangsa boleh dilindungi oleh pihak berkuasa melalui akta ini," ujarnya.
Beliau tidak menafikan perasaan takut yang diterapkan oleh pesalah ke atas mangsa secara berulang kali, dan juga ancaman dan desakan yang dibuat secara berterusan, menyebabkan mangsa menyembunyikan keadaan sebenar tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
Namun hakikatnya, sistem perundangan Malaysia telah membentuk pelbagai inisiatif untuk melindungi mangsa seperti Perintah Perlindungan, Perceraian, Pemisahan Kehakiman, dan Persetujuan (untuk berpisah).
“Atas sebab itulah terdapat beberapa undang-undang yang memihak kepada wanita dan masyarakat tidak harus memandangnya sebagai tidak adil kerana wanita sebenarnya hanya mahukan hak-hak dan keperluan asas yang sepatutnya mereka dapat.
“Perkara ini tidak perlu dipersoalkan dan ia bukan sahaja untuk diri kita sendiri, tetapi untuk ibu-ibu, isteri-isteri dan anak-anak perempuan kita," katanya,
Berbeza pula bagi wanita yang beragama Islam, hak mereka ditentukan melalui perundangan syariah mengenai perkahwinan, nafkah, penjagaan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan berkeluarga.
Jika dilihat secara dasarnya, kedua-dua undang-undang ini berpaksikan konsep yang hampir sama iaitu hak sebagai isteri.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri Selangor, Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, wanita Islam perlu mematuhi bukan sahaja dengan hukum syarak berhubung dengan urusan keluarga, mereka juga perlu mematuhi atau melaksanakan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta dan Undang-undang Keluarga Islam Enakmen bagi negeri masing-masing.
Poligami, talak, nusyuz, fasakh, harta sepencarian, mutaah dan hak tempat tinggal, adalah antara istilah-istilah yang diguna pakai dalam undang-undang syariah bagi menjelaskan kedudukan isteri, bekas isteri, dan anak-anak.
“Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talak, Islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung di antara satu sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh hukum syarak.
“Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami, isteri dan anak-anak terus dilindungi," katanya.
Mohd. Na’im berkata, sama seperti perundangan sivil, wanita Islam juga mempunyai hak mereka yang tersendiri dalam menentukan keadilan terhadap kehidupan ketika berumah tangga.
Mereka juga tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran dari segi mendapatkan maklumat perundangan yang terhad.
“Sebagai contoh, walaupun suami mempunyai hak untuk mengisytiharkan nusyuz kepada isterinya yang derhaka, wanita juga mempunyai hak untuk membantah sekiranya dia tidak langsung menjauhkan dirinya dari suami atau meninggalkan rumah suami, bertentangan dengan kemahuan suaminya atau apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat, atau tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.
“Sekiranya suami ingin berkahwin lain, isteri turut mempunyai hak untuk melarang perkahwinan kedua suaminya berdasarkan undang-undang poligami yang telah ditetapkan," katanya.
Ujarnya, ada juga wanita yang tidak tahu bahawa kegagalan suami memberi nafkah zahir juga akan dianggap sebagai hutang tertunggak yang boleh dituntut isteri jika berlaku sebarang perceraian dan tuntutan oleh mahkamah.
Lelaki perlu sedar peruntukan perundangan yang disediakan di Malaysia membolehkan pihak Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil campur tangan sekiranya terdapat tuntutan daripada isteri atau bekas isteri jika suami ingkar kepada tanggungjawab yang telah ditetapkan.
Oleh sebab itulah, menurut Mohd. Naim, wanita perlu memperkasakan pengetahuan terutama dalam isu yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab.
Katanya, walaupun ramai yang kurang mengambil kisah mengenai hak-hak mereka di sisi undang-undang, setiap wanita perlu tahu dan memberi perhatian mengenainya.
Ramai wanita di negara ini memerlukan pembelaan melalui undang-undang kerana ini merupakan tugas dan tanggungjawab masyarakat yang sedar akan kepentingan perundangan dari segi sivil mahupun syariah. - NURSYAMIMI SAIDI


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140923/ke_01/Wanita-perlu-tahu-hak-perundangan#ixzz4PaIv7s8t 
© Utusan Melayu (M) Bhd 






  • KERATAN AKHBAR

“hak wanita berita”的图片搜索结果


“hak wanita berita”的图片搜索结果


“hak wanita berita”的图片搜索结果


“hak wanita berita”的图片搜索结果


“keratan akhbar tentang hak wanita”的图片搜索结果


“keratan akhbar tentang hak wanita”的图片搜索结果


“keratan akhbar tentang hak wanita”的图片搜索结果



DASAR YANG DITUBUHKAN UNTUK MELINDUNGI HAK WANITA


DASAR WANITA NEGARA

MUKADIMAH
1. Selaras dengan semangat negara merdeka yang sedang membangun, Dasar Wanita Negara ini mendukung cita-cita Negara dan Perlembagaannya bagi menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia untuk semua rakyat.
2. Memandangkan kaum wanita berupa potensi sumber pembangunan yang baru mendapat pengiktirafan, maka Dasar wanita ini bermaksud untuk memberi panduan dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara semoga kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden.
3. Menyedari hakikat bahawa perpaduan adalah asas bagi semua kemajuan dan pembangunan negara kita, Dasar ini menekankan betapa perlunya disusun rancangan yang teguh dan berkesan untuk menimbulkan konsep perpaduan di kalangan individu serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
4. Wanita telah sekian lama memainkan peranan aktif sebagai penyokong dalam bidang politik negara. Pembangunan ialah satu proses yang memerlukan penglibatan sepenuhnya daripada lelaki dan wanita. Oleh itu Dasar ini mengulangi pendirian yang menekankan penglibatan wanita yang aktif dan bererti dalam bidang politik.
5. Dasar ini mengambil kira minat, usaha dan penglibatan Kerajaan, kehendak-kehendak pertubuhan bagi menyokong beberapa resolusi di peringkat antarabangsa, kehendak-kehendak pertubuhan wanita Malaysia serta penubuhan jentera penggerak di peringkat Kerajaan Pusat, iaitu Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA).
6. Beberapa dokumen penting telah dirujuk dalam pembentukan Dasar ini.
Di antara yang penting termasuklah:
a. Resolusi Persidangan Akhir Dekad Wanita Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu (1975-1985) yang berlangsung di Nairobi, Kenya, pada tahun 1985 yang bertemakan “Forward Looking Strategies” bagi menghadapi tahun 2000. Resolusi-resolusi yang terkandung di dalam risalah antarabangsa ini telah pun diterima sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
b. Penyataan Dasar “Commonwealth Secretariat” mengenai wanita dan pembangunan yang ditandatangani oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Nassau, Bahamas 1985.
c. “Commonwealth Plan of Action” bagi menyokong keberkesanan penyataan Dasar di atas yang disahkan oleh Kerajaan Malaysia di Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1987 di Vancouver, Kanada.
d. Syor-syor yang dibuat oleh Persidangan Menteri-menteri Yang Bertanggungjawab Bagi Hal Ehwal Wanita di Harare, Zimbabwe, 1987, yang menyeru setiap Kerajaan supaya membentuk satu dasar mengenai wanita dan pembangunan untuk diintegrasikan ke dalam rancangan pembangunan negara.
e. Kertas kerja dasar yang disediakan oleh Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan diluluskan oleh Majlis di mesyuaratnya pada 31 Januari 1986.
7. Di peringkat dalam negeri pula, beberapa perundingan dan bengkel telah diadakan oleh HAWA dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bagi mendapatkan kata sepakat dan sokongan bagi syor-syor antarabangsa itu. Penglibatan Kerajaan telah diperolehi dalam semua peringkat usaha ini.

MATLAMAT  DASAR  WANITA  NEGARA
Matlamat  utama  Dasar Wanita  Negara ini  ialah:
1. Bagi menjaminkan perkongsian saksama dalam memperoleh kemudahan sumber, maklumat, peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada lelaki dan wanita. Matlamat persamaan dan kesaksamaan hendaklah dijadikan teras dasar pembangunan yang berorientasikan rakyat, supaya wanita, yang berupa separuh jumlah penduduk negara, dapat menyumbangkan dan mencapai potensi mereka sepenuhnya.
2. Bagi mengintegrasikan wanita dalam semua sector pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita bagi mempertingkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf, dan menegakkan negara aman, makmur dan sentosa.
PRINSIP  DAN  GARIS  PANDUAN  UTAMA
Prinsip  dan  panduan  utama  Dasar  Wanita  ialah:
1. Bahawa Dasar Wanita ini hendaklah diselaraskan dengan dasar pembangunan negara, yang berlandaskan keluhuran Perlembagaan berkaitan dengan hak asasi rakyat, perlindungan undang-undang, perpaduan dan kebebasan.
2. Bahawa Dasar ini mengutamakan penyertaan dan penglibatan aktif bersama kaum wanita dan lelaki dalam proses pembangunan, baik di peringkat perancangan, mahupun di peringkat pelaksanaan dan penilaian impaknya.
3. Bahawa Dasar ini mengambil kira potensi tenaga manusia yang separuhnya terdiri daripada kaum wanita. Pengembangan dan pengintegrasian tenaga wanita hendaklah tidak terbatas kepada sektor-sektor tradisional sahaja, malah hendaklah menembusi semua sektor dan lapisan ekonomi, sosial, politik dan budaya.
4. Bahawa usaha pengintegrasi wanita dalam pembangunan hendaklah berupa tanggungjawab bersama sektor-sektor Kerajaan dan bukan Kerajaan. Pelaksanaan dasar ini adalah fungsi umum, bukan terbatas kepada satu jantina, ataupun sektor dan agensi tertentu.
5. Bahawa keperluan istimewa dan sifat kewanitaan tidak terjejas; tanggungjawab keibuan dan keluarga tidak dikorbankan dan maruah, moral dan nilai kehormatan wanita tidak diabaikan.
6. Bahawa taraf pendidikan dan keilmuan yang luas dan mendalam dipertingkatkan bagi kaum wanita sejajar dengan peranan dan penglibatan mereka dalam dunia dan masyarakat yang moden dan dinamis.
7. Bahawa sebarang diskriminasi yang berasaskan jantina yang merugikan kaum wanita dihapuskan dalam semua pertimbangan sewaktu membuat keputusan dan tindakan-tindakan selanjutnya.
8. Bahawa maklumat mengenai sasaran dan kesan rancangan pembangunan hendaklah mengandungi data keberkesanannya terhadap kaum wanita.

STRATEGI-STRATEGI  BAGI  PELAKSANAAN  DASAR
Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan wanita beberapa strategi diperturunkan bagi menjaminkan kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan:
1. Membangkitkan kesedaran, kepekaan dan kefahaman semua pihak mengenai isu dan kedudukan wanita.
2. Menyalurkan isu-isu wanita menerusi agensi pusat kepada institusi-institusi dan birokrasi Kerajaan dalam bentuk peraturan pentadbiran, sikap dan komitmen pihak pelaksanaan dasar.
3. Merancangkan pengagihan sumber-sumber kepada pelbagai sektor yang mengendalikan program berkaitan dengan isu-isu wanita.
4. Mendapatkan kerjasama di antara sektor-sektor Kerajaan dan di antara Kerajaan dengan bukan Kerajaan dalam proses pemusatan usaha-usaha bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam pembangunan.


STRATEGI  DAN  JANGKA  MASA  TINDAKAN
1. Memperkukuhkan       Unit       Hal       Ehwal       Wanita       Sebagai       Jentera
Pembangunan Wanita
Jentera negara bagi kemajuan ialah HAWA yang diletak dibawah Jabatan Perdana Menteri. Adalah wajar HAWA dipertingkatkan kuasa dan tarafnya dengan mewujudkan perhubungan dengan setiap Kementerian, mengadakan Penyelaras di setiap negeri supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan mengenai hal ehwal wanita serta dapat mewujudkan program-program pembangunan tertentu bagi wanita di semua peringkat.
Jangka  Masa  Tindakan:  Dilaksanakan  serta-merta  dan  berterusan.
2. Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan Supaya Memasukkan Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasan Program-program Pengintegrasian Wanita.
Dalam penggubalan dasar, perundangan, peraturan dan program oleh apa juga sektor atau agensi, pertimbangan mestilah dibuat tentang sumbangan dan implikasinya terhadap wanita; impak dan kesan yang negatif terhadap wanita hendaklah diawasi. Satu sistem penyelarasan dan kawalan bagi program-program yang komprehensif hendaklah diwujudkan bagi mengelakkan kesan-kesan negatif dan juga bagi mengesani rintangan dan masalah, sama ada dari segi undang-undang, mahu pun dari segi amalan, supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengatasinya.
Semua program pembangunan mestilah mempunyai strategi yang menguntungkan wanita; penglibatan wanita di semua peringkat, daripada peringkat awal perancangan hingga ke peringkat penilaian, di peringkat nasional dan juga di peringkat tempatan, hendaklah terjamin.
Jangka  Masa  Tindakan:  Dilaksanakan  serta-merta  dan  berterusan.
3.     Pendidikan     dan     Latihan     Untuk     Menyedarkan     Pihak     Pentadbiran Kerajaan  Mengenai  Isu Wanita     
Bagi     membangkitkan     kesedaran     dan     komitmen     institusi     dan    agensi Kerajaan,     program     latihan     kepekaan     jantina     (gender     sensitizing)     di berbagai-bagai   peringkat   hendaklah   diadakan.   Di   samping   itu,   program latihan mengenai wanita dan pembangunan hendaklah diadakan berterusan untuk kakitangan Kerajaan.
Jangka  Masa  Tindakan:  Dilaksanakan  serta-merta  dan  berterusan.
 
4.  Penglibatan  Badan-Badan  Bukan  Kerajaan
Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan, dengan lebih giat dan berkesan lagi, semua organisasi bukan Kerajaan (NGO) dan badan-badan sukarela, dalam program dan tindakan pembangunan wanita. Dengan demikian, usaha negara bagi mengintegrasikan wanita dalam pembangunan dapat diperkuatkan lagi.

Bantuan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah diperuntukkan berterusan kepada persatuan-persatuan wanita bagi menggalakkan dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka.
Jangka  Masa  Tindakan:  Dilaksanakan  serta-merta  dan  berterusan.
5.  Membasmi  Diskriminasi  dan  Mengambil  Tindakan  Tegas
Langkah-langkah khusus hendaklah diambil bagi membasmi diskriminasi terhadap wanita di mana hal ini berlaku. Dalam konteks ini, kelemahan undang-undang bagi menjaminkan hak wanita hendaklah dibaiki melalui tindakan-tindakan tegas. Tumpuan khas hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan kurang maju di luar bandar, wanita yang tidak terdaya dan cacat, wanita dalam pekerjaan, wanita dan keperluan kesihatan, dan wanita dan peluang pendidikan.
Jangka  Masa  Tindakan:  Dilaksanakan  serta-merta  dan  berterusan.
6.  Memajukan  dan Menyelaraskan  Penyelidikan  Mengenai  Isu Wanita
Menyedari hakikat bahawa kurangnya data dan maklumat mengenai kedudukan wanita sebenarnya, maka Kerajaan hendaklah menggalak dan membantu penyelidikan dan kajian mengenai wanita. Di samping itu Kerajaan hendaklah menentukan bahawa segala pengumpulan data dan maklumat oleh berbagai-bagai sektor dan agensi kerajaan mengasing-asingkan butiran maklumat mengikut jantina. Dengan demikian, keperluan dan kesan program pembangunan dapat dikenalpasti supaya dasar serta tindakan lanjut dapat diambil.
Jangka  Masa  Tindakan:  Dilaksanakan  serta-merta  dan  berterusan.
 
7.  Peruntukan  Anggaran  Belanjawan
Kerajaan hendaklah menentukan bahawa Kementerian-kementerian dan Agensi-agensi yang berkenaan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan dengan mengubah suai tindakan bagi memenuhi program dan projek pembangunan wanita.
Jangka  Masa  Tindakan:  Dilaksanakan  serta-merta  dan  berterusan.
RANCANGAN  TINDAKAN  MENGIKUT  SEKTOR
Agar Dasar Wanita ini terlaksana dengan sempurna dan menyeluruh, beberapa strategi disenaraikan, ditinjau dari sudut-sudut yang amat berkait rapat dengan kemajuan dan pembangunan kaum wanita.
1.  Jentera  Nasional Bagi  Pengintegrasian  Wanita  Dalam Pembangunan
Penubuhan HAWA sebagai unit di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Urusetia kepada Majlis Penasihat Mengenai Pengintegrasian Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) adalah satu langkah yang positif. Selaras dengan dasar disentralisasi tugas dan kuasa Kerajaan Pusat, maka adalah wajar bagi jentera pembangunan wanita dipertingkatkan. Dengan demikian dapatlah ia menjalankan fungsi dengan lebih berkesan serta mengadakan berbagai program di semua peringkat. Dengan penglibatan secara meluas ini maka dapatlah jentera ini mengenal pasti prioriti, kawasan dan peringkat tindakan tertentu dan merancangkan program tindakan sewajarnya.
1.1 HAWA hendaklah juga mempunyai hubungan yang berfungsi dengan semua Kementerian lain. Ia hendaklah bertindak sebagai pusat penyelaras, pengesan, dan pemeroses isu-isu untuk dikemukakan kepada NACIWID untuk mendapat pandangan, nasihat dan syor-syor untuk tindakan pihak Kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan.
1.2 Usaha bagi memperkukuh HAWA hendaklah termasuk program-program latihan pegawai dan kakitangan Urusetia supaya unit ini akan bertambah cekap dan dinamis.
1.3 Pengagihan bekalan kewangan sewajar dengan tugas dan fungsi HAWA yang lebih luas ini hendaklah ditentukan. 
 
2.  Kesihatan
2.1 Kesihatan kaum wanita adalah satu petanda yang penting tentang kedudukan dan taraf mereka. Bukan sahaja kesihatan penting untuk taraf wanita, malah sebagai ibu dan pengasuh anak-anak, mereka boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat. Selain daripada bahaya penyakit-penyakit biasa, wanita memerlukan rawatan dan jagaan semasa mengandung, melahir, menyusu, memerlukan jaminan makanan yang berzat, serta perlindungan daripada tekanan emosi, jiwa dan jangkitan penyakit-penyakit merbahaya. Wanita juga sering terdedah kepada percubaan dan perubatan yang mungkin merbahaya seperti ubat dan alat mencegah kehamilan, keguguran bayi dan bermacam suntikan. Penyakit barah dan berbagai-bagai jangkitan menambahkan lagi kadar kematian ibu dan bayi.
2.2 Di negara kita masih terdapat jurang perbezaan mutu perkhidmatan dan kemudahan kesihatan di antara kawasan bandar dan luar bandar. Di kawasan luar bandar kekurangan kemudahan ini menyebabkan ramai wanita tidak berpeluang menikmati rawatan dan jagaan kesihatan yang sempurna. Dalam beberapa jenis pekerjaan wanita sering terdedah kepada bahaya tertentu, misalnya bahan kimia. Di samping itu, terdapat juga keadaan buta huruf dan kejahilan dikalangan wanita miskin, baik di kampung-kampung mahupun di sekitar kawasan setinggan dan ladang-ladang pertanian.
2.3 Antara  tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  termasuklah:
i. Mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf kesihatan kaum wanita. Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan jasmani, mental dan emosi.
ii. Satu mekanisme hendaklah diwujudkan bagi memudahkan penyertaan berbilang sektor (Kerajaan dan bukan Kerajaan) bagi menjamin penyebaran perkhidmatan kesihatan yang sama rata di semua kawasan, serta menentukan usaha yang cekap dan berkesan sejajar dengan prioriti-prioriti tempatan.
iii. Menggalakkan perkembangan kedua-dua ilmu dan amalan perubatan cara moden dan tradisional sesuai dengan kehendak dan kemampuan masyarakat.
iv. Melaksanakan dasar yang berkesan tentang pencegahan penagihan dan penggunaan dadah dengan melibatkan semua pihak dan lapisan.
v. Mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada pesakit daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memberi rawatan dan ubatan. Mangsa-mangsa rogol dan keganasan hendaklah diberi perlindungan daripada publisiti yang meruntuhkan maruah dan keperibadian mereka.
vi. Mengkaji undang-undang yang sedia ada, atau menggubal undang-undang baru yang bertujuan untuk memberi perlindungan kepada kaum wanita akan pekerjaan-pekerjaan yang membawa bahaya kepada kesihatan.

3. Pendidikan  dan  Latihan
3.1 Tujuan mutlak sektor ini adalah bagi menjamin peluang pendidikan kepada semua rakyat, lelaki mahupun wanita, supaya dapat mereka mengembangkan potensi individu dan berpeluang menyumbangkan peranan sebagai rakyat yang produktif dan berakhlak mulia.
3.2 Perkembangan potensi kaum wanita perlu mendapat perhatian khusus, kerana sistem yang ada sekarang wujud atas pertimbangan-pertimbangan yang mengutamakan kehendak dan keupayaan pihak lelaki. Sistem pendidikan dan latihan kebangsaan hendaklah mengintegrasikan fahaman taraf persamaan jantina, di samping memupuk sikap dan perspektif bagi menghormati dan mengiktiraf hak dan keupayaan wanita setaraf dengan kaum lelaki.
3.3 Dengan demikian, kandungan pelajaran yang bercorak kejantinaan (sexism) dan “streotyping” peranan wanita hendaklah dikikis daripada buku teks, bahan rujukan dan apa jua bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Wanita telah pun membuktikan kebolehan dalam berbagai-bagai bidang dan lapangan; maka hakikat ini hendaklah mendapat gambaran dalam contohan sumbangan rakyat dan pembangunan.
3.4 Seterusnya, perlulah juga dikesani rintangan-rintangan yang masih menyekat penyertaan wanita sepenuhnya, baik dalam pendidikan asas,  pelajaran vokasional, pelajaran tinggi mahupun dalam bidang-bidang pengkhususan profesional. Demikian juga, tidaklah boleh diabaikan golongan yang masih buta huruf, yang kejahilan ilmu pengetahuan dan kemahiran, kerana sebilangan besar golongan ini terdiri daripada kaum wanita.
3.5 Antara  tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  termasuklah:
i. Memperbaiki dan mempertingkatkan mutu program pendidikan di semua peringkat. Satu semakan yang komprehensif perlu diusahakan dengan membuat perubahan-perubahan di mana perlu pada kurikulum, kaedah mengajar, kemudahan dan pengambilan pelajar untuk:
• Menghapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan maruah dan imej wanita;
• Memudahkan penyertaan wanita dalam bidang-bidang yang diminatinya;
• Meyakinkan wanita untuk mengambil peluang latihan bagi menceburkan diri dalam lapangan sains dan teknologi moden;
• Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua kursus pendidikan dan latihan kerjaya untuk lelaki dan wanita;
• Menyemak dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas institusi bagi menjamin diskriminasi terhadap wanita tidak diamalkan;
• Meluaskan lagi peluang latihan vokasional untuk wanita serta mengiktirafkan kemahiran-kemahiran wanita dalam bidang latihan dan pekerjaan;
• Menekankan institusi pendidikan dewasa serta peluang pendidikan sepanjang hidup agar kaum wanita dapat terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka.


ii. Melibatkan    agensi-agensi    bukan    Kerajaan    bagi    memajukan
peluang-peluang pendidikan.

Institusi-institusi    swasta    hendaklah    diawasi    supaya    mereka tidak meneruskan diskriminasi terhadap wanita ataupun mengekalkan gambaran-gambaran yang menghinakan penyertaan wanita. Dasar Wanita Negara hendaklah meliputi semua sektor, baik Kerajaan mahupun bukan Kerajaan.
4.  Undang-undang
4.1. Semua warganegara berhak mendapat perlindungan undang-undang yang sewajarnya. Dengan penerimaan dasar persamaan taraf, maka perlu diperkuatkan undang-undang bagi menjamin hak wanita dari segi pemilikan harta, kerakyatan, peluang-peluang dan jagaan anak-anak (guardianship).
4.2 Undang-undang perlindungan perlu bagi wanita dalam pekerjaan, bagi wanita menunaikan kewajipan dan keibuan, bagi wanita yang bercerai atau terpisah dari suami, dan hak mereka dari sisi agama.
4.3 Kejahilan wanita tentang hak mereka di bawah undang-undang juga perlu diatasi, khususnya mereka yang berpelajaran rendah dan tidak mempunyai tempat untuk mendapat nasihat undang-undang.
4.4 Antara  tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  termasuklah:
i. Menyemak dan mengemaskini undang-undang yang kurang berkesan;
ii. Melibatkan wanita dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang
iii. Mengadakan biro pengaduan dan nasihat yang mudah didapati untuk wanita;
iv. Memberi  pengetahuan  mengenai  hak  individu  di  sisi  undang-undang;
v. Menggubal undang-undang perlindungan daripada keganasan rumahtangga, pemberhentian dan eksploitasi dalam pekerjaan dan bagi mangsa rogol dan keganasan; dan
vi. Mewujudkan undang-undang keluarga yang saksama yang memelihara dan mempertahankan hak ibu kandung dan bagi menyelesaikan pertikaian keluarga dengan adil dan berperikemanusiaan.
5. Pekerjaan
5.1. Sektor ekonomi telah berkembang dengan pesatnya selepas merdeka. Namun demikian, manfaat pembangunan ekonomi, pada amnya, belum dapat dinikmati sepenuhnya oleh wanita. Penyertaan wanita perlu dipertingkatkan; kesan pembangunan hendaklah mempertingkatkan mutu kehidupan wanita, khususnya pekerja-pekerja buruh kasar, petani di luar bandar dan pekerja di kilang-kilang.
5.2. Walaupun penyertaan wanita dalam tenaga buruh telah bertambah sebilangan besar tenaga wanita adalah dalam golongan pendapatan rendah dan dalam pekerjaan bukan atau separuh mahir. Perkhidmatan sebagai suri rumah tidak mendapat nilai ekonomi dan kebanyakan wanita bertugas sebagai pekerja tidak bergaji.
5.3. Ramai pekerja wanita tidak mendapat perlindungan kesatuan sekerja; malah ramai wanita tidak mengetahui tentang hak-hak mereka sebagai pekerja. Ini menyebabkan mereka dipergunakan, diberi ganjaran gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan pekerjaan, terpaksa menanggung beban rumah tangga, kewajipan keluarga, di samping menjalani kerja penuh masa, serta tidak menikmati kemudahan dan peruntukan pekerjaan yang sepatutnya. Pernah didapati juga pekerja wanita diganggu dan diperkosa oleh pihak majikan dan pengawasan.
5.4. Antara  tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  termasuklah:
i. Perlu dipertingkatkan penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik;
ii. Perlu diadakan perkongsian saksama tentang manfaat pembangunan;
iii. Perlu diperbanyakkan peluang pekerjaan, khususnya bagi wanita yang miskin dan tidak mempunyai punca pencarian nafkah hidup;
iv. Perlu ada ‘job description’ bagi semua jenis pekerjaan dan penentuan gaji yang sewajarnya, tanpa perbezaan jantina;
v. Perlu diadakan undang-undang perlindungan untuk semua jenis pekerjaan;
vi. Perlu diamalkan prinsip gaji sama untuk pekerjaan yang sama; dan
vii. Perlu dihapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluang-peluang kenaikan pangkat, latihan lanjutan dan pembuatan keputusan. 
 
6.  Politik
 
6.1. Wanita telah memainkan peranan aktif dalam dunia politik negara ini. Namun demikian penglibatan mereka dalam bidang politik kebangsaan amat terhad. Wanita adalah separuh daripada penduduk negara dan sumbangan mereka dalam parti-parti politik amat besar. Mereka juga memainkan peranan penting sebagai penarik pengundi, tetapi perwakilan mereka di Parlimen amat kecil. Wanita kekal menjadi kumpulan pengundi yang kuat, tetapi belum menunjukkan kekuatan mereka itu sebagai calon politik.
6.2. Proses pembangunan dalam bidang politik memerlukan penglibatan maksimum wanita dan lelaki. Faktor-faktor yang menyekat penglibatan politik wanita dan mutu politik mereka amat berhubung dengan keadaan sosio-budaya yang tidak menggalakkan penglibatan mereka dalam hal ehwal awam, kekurangan pendidikan dan kesedaran, serta kejahilan tentang hak-hak mereka, serta beban kerja yang berat hingga wanita tidak mempunyai masa untuk terlibat dalam politik.
6.3. Antara  tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  termasuklah:
i. Kerajaan hendaklah mengadakan perundangan dan pentadbiran untuk menentukan penglibatan wanita sepenuhnya dalam bidang politik negara dan untuk menambahkan pengambilan, pencalonan dan penempatan wanita pada kedudukan penentuan dasar pada peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan sehingga perwakilan saksama tercapai; dan
ii. Kerajaan hendaklah juga menentukan sokongannya terhadap kemunculan lebih ramai wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Tempatan dan badan-badan lain.
7.  Media
7.1. Media amat berpengaruh bagi menonjolkan imej wanita. Imej yang negatif, berpura-pura, membazir dan sebagai sumber ghairah perlu dikikis. Penyertaan wanita dalam industri media masih berkurangan, dengan demikian sukar bagi mereka hendak mempengaruhi etika dan amalan prinsip yang mementingkan keuntungan pihak yang memiliki media. Selain itu, pandangan dari sudut wanita kurang mendapat perhatian dan sebaran.
7.2. Adalah perlu bagi wanita memainkan peranan yang lebih dinamis dalam mengembangkan mutu pancaran media, baik bagi dunia hiburan, maklumat, pendidikan, politik, perniagaan mahupun dalam lapangan antarabangsa.
7.3. Antara  tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  termasuklah:
i. Meningkatkan penglibatan wanita dalam semua aspek perkembangan media. Ini termasuk dasar, perancangan program dan perkhidmatan, serta pengendalian projek-projek pembangunan;
ii. Menjalankan analisis jantina atas semua program supaya dapat mengesan penyertaan wanita sebagai penerbit, sebagai pengguna media massa dan penerima kesan media seluruhnya;
iii. Mengikis pendapat dan kesan-kesan negatif terhadap wanita dan program iklan dan pendapat yang disiarkan; dan
iv. Menggunakan pengaruh media bagi memupuk sikap dan nilai yang posotif tehadap wanita dan sumbangannya.

8.  Agama
8.1. Agama ialah satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan ummah dalam proses sosialisasi rakyat. Nilai-nilai murni dikongsi bersama oleh berbagai agama, iaitu Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi. Adalah penting nilai-nilai sejagat yang positif ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan-perbezaan dan keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak. Sebagai prinsip dan pedoman hidup, amalan agama hendaklah menyokong kesaksamaan, keamanan keadilan, toleransi dan kesejahteraan rakyat.
8.2. Antara  tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  termasuklah:
i. Mendapatkan pandangan wanita dalam membentuk fatwa yang melibatkan wanita dan isu wanita;
ii. Menggalakkan penyertaan wanita dalam semua aktiviti keagamaan;
iii. Mewujudkan perbincangan antara berbagai-bagai agama sebagai usaha mencapai persefahaman;
iv. Menjadikan agama sebagai asas ke arah pemodenan masyarakat berbilang kaum; dan
v. Mewujudkan suasana perkongsian hidup yang sihat di kalangan wanita dan lelaki.
9.  Kebudayaan
9.1. Kebudayaan negara ialah sumbangan rakyat yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Seni Rakyat, sukan, adat resam, amalan tradisional merupakan sumbangan istimewa rakyat. Oleh yang demikian, dasar kebudayaan negara hendaklah memberi perhatian dan layanan yang seimbang bagi mengembangkan penyertaan wanita yang sewajarnya.
9.2. Antara  tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  termasuklah:
i. Penyertaan wanita dalam bidang seni perlu mendapat perhatian bagi mengembangkannya;
ii. Kemudahan dan galakan hendaklah diberi kepada wanita untuk menyertai semua kegiatan budaya dan seni;
iii. Diskriminasi  dalam bidang  seni  dan  budaya  hendaklah  dihapuskan;
iv. Penyertaan wanita dalam Majlis Perundingan Kebudayaan Kebangsaan hendaklah dipertingkatkan; dan
v. Amalan  yang  melibatkan  wanita  secara  ‘tokenism’  diberhentikan.



Pencapaian wanita Malaysia diiktiraf dunia




Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (tiga dari kiri) merancang pelbagai program menerusi Jabatan Pembangunan Wanita untuk memperkasakan agenda wanita.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa 


Saban tahun Hari Wanita Antarabangsa (HWA) diraikan di pelosok dunia, pada 8 Mac mengikut cara yang tersendiri. Matlamat utamanya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian wanita tanpa mengira agama, budaya, kaum, bahasa, politik dan ekonomi. 

Ia juga disambut bagi mengenang kembali segala usaha dilakukan oleh pejuang wanita sebelum ini dan tidak ketinggalan, selain meneroka potensi serta peluang untuk generasi akan datang. 

Mengikut sejarah, HWA bermula seawal tahun 1909 di New York oleh Parti Sosialis Amerika sebagai tanda penghormatan kepada 1,908 buruh wanita yang bekerja di kilang. 

Wanita ketika itu memprotes persekitaran kerja yang dikatakan tidak memihak kepada mereka. Hasil daripada beberapa usaha peringkat antarabangsa, Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 19 Mac 1911 di Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland bagi menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada wanita. Sambutan itu dihadiri oleh lebih sejuta wanita dan lelaki dari 17 negara. 

Hak wanita diutarakan seperti hak untuk bekerja, mendapatkan latihan dan pendidikan, mengundi, memegang jawatan dalam kerajaan dan menghapuskan diskriminasi dalam pekerjaan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 8 Mac setiap tahun sebagai tarikh sambutan HWA mulai tahun 1975 sehingga kini. 

Kecemerlangan wanita Malaysia 

Di Malaysia, sambutan ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Sambutan penuh kemeriahan itu diadakan setiap tahun dan pelbagai program dirancang untuk memberikan kesedaran, pengiktirafan dan sokongan, terutama kepada wanita. 

Komitmen kerajaan sentiasa berterusan bagi memastikan wanita bergerak seiring pembangunan negara dan setara pencapaian wanita antarabangsa. 

Wanita cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang mengasah potensi diri supaya sejajar dengan tema HWA tahun ini, iaitu Make It Happen, supaya terus melakar kejayaan dalam pelbagai bidang. 

Make It Happen atau 'Jadikan Kenyataan' membawa maksud menggalakkan tindakan yang efektif oleh segenap lapisan dalam memaju dan mengiktirafkan peranan wanita supaya setiap perancangan dapat direalisasikan. 

Peranan KPWKM 

Pelbagai usaha dilakukan KPWKM untuk memperkasakan agenda wanita di persada antarabangsa, antaranya penubuhan Majlis Penasihat dan Perunding Wanita (MPPW). 

MPPW adalah badan penasihat dan perunding utama kepada kerajaan dalam pelbagai bidang mengenai pembangunan wanita, selaras dengan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita. Dengan penubuhan MPPW, agenda wanita negara akan lebih dan fokus. Sumbangan wanita diukur dengan lebih objektif.

KPWKM sedang melaksanakan Flexible Working Arrangements (FWA) dalam kalangan warga kerja KPWKM dan agensi. FWA ini membabitkan pegawai lelaki dan wanita. Pelaksanaan masih peringkat perintis, iaitu dari Mac hingga Mei 2015. Pelaksanaan FWA ini bertujuan menyediakan persekitaran work-life balance kepada pegawai, meningkatkan kaedah pengurusan tekanan dalam kalangan pegawai di rumah dan tempat kerja, meningkatkan kecekapan serta keberkesanan pelaksanaan tugas oleh pegawai secara outcome-based dan menambah baik prestasi dan disiplin pegawai. 

Pelaksanaan FWA lebih jelas memberikan impak maksimum kepada ibu bekerjaya untuk mengimbangkan antara tuntutan kerjaya dengan tanggungjawab menguruskan keperluan keluarga. 

KPWKM melalui NAM Institute for the Empowerment of Women Malaysian (NIEW) juga melaksanakan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Ia langkah affirmative kerajaan yang diyakini dapat meningkatkan bilangan wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat, seterusnya membolehkan mereka meningkatkan sumbangan dalam bidang ekonomi. 

Mengikut laporan 'Hays Asia Salary Guide 2015' yang baharu dikeluarkan, Malaysia menduduki tangga kedua di rantau Asia selepas China, tetapi mendahului pencapaian Hong Kong dan Singapura. Sebanyak 34 peratus daripada jawatan pengurusan di Malaysia diisikan oleh wanita berbanding dengan China (36 peratus), Hong Kong (31 peratus) dan Singapura (27 peratus). Pencapaian ini menunjukkan dasar ini melepasi sasaran yang ditetapkan Perdana Menteri dan langkah yang dilaksanakan bagi merealisasikannya, sudah membuahkan hasil. 

Dr Zeti ikon wanita


Hari ini, ramai wanita sudah mengungguli bidang masing-masing sama ada peringkat tempatan mahupun global. Contohnya, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar, adalah penggubal dasar, ketua bank pusat dan tokoh yang sangat luar biasa. Kecemerlangannya terus terukir di dalam dan peringkat antarabangsa. 

Berdasarkan kepemimpinannya, beliau mengemudi ekonomi negara setanding negara lain di dunia, termasuk berjaya mengharungi saat genting ketika berhadapan krisis kewangan.


Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Sikap berdedikasi beliau terhadap tadbir urus yang baik, Dr Zeti diiktiraf dunia dalam penyatuan kewangan serantau dan pengantarabangsaan kewangan Islam. 

Baru-baru ini beliau menerima anugerah daripada 'Wharton Dean's Medal' dari The Wharton School of the University of Pennsylvania, iaitu penghargaan tertinggi kepada alumni universiti terbabit yang membawa impak besar kepada ekonomi Asia dan global. 

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar, diberi kepercayaan menerajui syarikat penerbangan tambang murah. Beliau baru sahaja dipilih antara 25 Wanita Perbendaharaan Paling Berpengaruh oleh majalah The Corporate Treasurer, di Singapura.

 Lahir lebih ramai tokoh wanita 

Pengiktirafan itu menyuntik semangatnya untuk terus menerajui industri penerbangan yang penuh cabaran dan berharap akan dapat mengekalkan posisi sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia dalam semua aspek, terutama fungsi korporat seperti perbendaharaan dan kewangan. 

Justeru, meskipun ada lagi nama wanita Malaysia yang cemerlang, ia sepatutnya diperhebatkan lagi dengan melahirkan lebih ramai tokoh yang menjadi kebanggaan negara. 

Bagi merealisasikan impian itu, wanita perlu tanamkan tekad yang tinggi bagi mencapainya. Setiap kejayaan memerlukan perancangan teliti. Jangan bertangguh mengambil tindakan yang betul bagi merealisasikan impian itu. 
Kementerian akan sentiasa memastikan kejayaan pembangunan wanita menjadi kenyataan selaras agenda pemerkasaan dan pengupayaan wanita mendepani agenda utama dalam setiap Rancangan Lima Tahun Malaysia. 

Agenda ini sangat jelas digariskan dalam Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita. Setiap kejayaan memerlukan perancangan teliti. Jangan bertangguh untuk mengambil tindakan yang betul bagi merealisasikan impian agar ia menjadi kenyataan.






No comments:

Post a Comment