Sunday, 20 November 2016




8 HAK PENGGUNA





Hak untuk mendapat KEPERLUAN ASAS
  • Keperluan asas bagi pengguna ialah seperti berikut:
MAKANAN
  • Pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang berterusan.
  • Pengguna berhak mendapat makanan dengan harga yang berpatutan, berkualiti dan berkhasiat.
  • Timbangan serta sukatan hendaklah bertepatan.
  • Pengguna berhak untuk mendapat info mengenai makanan yang dibeli serta status halal yang diluluskan oleh JAKIM
TEMPAT TINGGAL
  • Pengguna berhak untuk mendapat tempat tinggal yang selamat.
  • Antara undang-undang yang melindungi pengguna ialah seperti
1. Akta Pemaju Perumahan 1966
2. Akta Kontrak 1950

PAKAIAN
  • Pakaian yang berkualiti.
  • Info pada lebel pakaian yang jelas bagi penjagaan pakaian yang betul.





Hak untuk mendapat KESELAMATAN
  • Pengguna berhak untuk mendapat perlindungan keselamatan apabila menggunakan barangan seperti ubat-ubatan,bahan kimia,racun serangga,alatan elektronik ataupun perkhidmatan.
  • Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada barangan serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.
UBAT-UBATAN
  • Pastikan pengguna mendapat nasihat daripada Doktor atau Pegawai Kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana ubat.
  • Pastikan bilangan serta dosage yang diambil adalah tepat untuk mengelakkan kesan sampingan.
  • Antara undang-undang yang melindungi pengguna adalah seperti:
1. Akta Ubat 1956
2. Akta Pendaftaran Farmasi 1951

RACUN SERANGGA/BAHAN KIMIA
  • Pilihlah makanan (sayur-sayuran atau buah-buahan) yang menggunakan bahan organik .
  • Baca lebel cara penggunaan terlebih dahulu sebelum menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia.
ALATAN ELEKTRONIK
  • Pilih alatan elektronik yang mempunyai kelulusan SIRIM.
  • Pilih alatan elektronik yang mudah dikendalikan serta menjimatkan tenaga.
  • Pastikan mendapat ‘warannty’ bagi peralatan elektronik yang dibeli.
  • Pengguna yang bijak akan memilih alatan elektronik yang mesra alam!.
  • Di Malaysia, undang-undang yang melindungi keselamatan pengguna ialah;
a) Akta Makanan 1983
b) Peraturan-peraturan Makanan 1985
c) Akta Elektrik 1949 (Pindaan 1973)


d) Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia 1975 (SIRIM)






Hak untuk mendapat MAKLUMAT
  • Pengguna berhak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat tentang barang atau perkhidmatan yang hendak dibeli.
  • Setiap pengguna berhak mendapat maklumat tentang perkara-perkara berikut:
  1. Harga barangan yang berpatutan
  2. Mutu barangan yang terjamin
  3. Berat dan sukatan barangan tepat.
  4. Isi kandungan barangan
  5. Cara menggunakan barangan
  • Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika. Sila rujuk RUKUN NIAGA.
  • Hak mendapat maklumat yang tepat dan sesuai adalah penting untuk membolehkan pengguna membuat keputusan yang wajar dan bijak semasa membeli.
  • Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada LEBEL & IKLAN
LABEL
  • Pengguna bijak mestilah melihat pada label untuk mendapatkan maklumat seperti:
1. Tarikh luput.
2. Kandungan barangan.
3. Maklumat nutrisi.
4. Berat kandungan.
5. Logo halal yang sah.
  • Label yang baik mestilah:
  1. Mengandungi maklumat yang tepat
  2. Mudah difahami
  3. Tidak mengelirukan
  4. Maklumat yang disahihkan
PENGIKLANAN
  • Pengguna jangan mudah terpengaruh dengan peniklanan yang:
  1. Mengelirukan
  2. Gimik promosi




Hak untuk membuat PILIHAN
  • Sebelum membeli, pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.
  • Pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut.
  1. Harga barang itu berpatutan
  2. Barang dalam keadaan baik
  3. Barang selamat digunakan
  4. Barang menepati contoh yang diberi atau diiklankan
  • Hak untuk memilih adalah penting supaya pengguna tidak terburu-buru dalam membuat keputusan membeli.
  • Penjual tidak berhak memaksa dan membuat keputusan bagi pihak pengguna.
Belilah barangan buatan Malaysia!




Hak untuk mendapat GANTI RUGI
  • Pengguna berhak mendapat ganti rugi bagi sebarang penyelewengan atas barangan atau perkhidmatan yang dibeli.
  • Pengguna boleh menuntut ganti rugi dalam bentuk wang atau penggantian barang yang dikembalikan.
  • Sebagai contoh, sekiranya anda membeli makanan dalam tin (contoh ikan sardin) dan mendapat tarikh guna barang ittu telah luput. Anda boleh mendapatkan ganti rugi melalui penggantian tin yang baru atau wang dikembalikan kepada anda.
  • Pengguna berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:

  1. barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik (cth; tin kemik)
  2. barangan yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan
  3. mutu barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan
  4. barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna




Hak untuk menyuarakan PENDAPAT
  • Pengguna berhak menyuarakan pendapat mereka sebagai pengguna melalui badan atau pergerakan pengguna.
  • Melalui pergerakan pengguna, segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Dengan cara ini, hak dan kepentingan pengguna dapat dijamin secara berkesan.






Rancangan 3K - Kuasa Komuniti Konsumer di Bernama Radio 24 mulai 3hb April 2009 jam 3:15 hingga 4:00 petang.

Gunakanlah ruangan ini untuk mengutarakan aduan and pandangan anda demi kebaikan semua pengguna.





Hak mendapat PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN
‘Meluntur buluh biarlah dari rebungnya’
  • Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional.
  • Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna boleh mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.
  • Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui beberapa cara iaitu;
  1. melalui pendidikan formal di sekolah/Institut Pengajian Tinggi dan juga pendidikan informal melalui teladan oleh ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling.
  2. melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna seperti CAP dan FOMCA
  3. melalui bengkel, seminar dan ceramah yang berkaitan dengan kepenggunaan
  4. melalui media massa seperti laman sesawang dan juga laman blog berkenaan kepenggunaan.


  • Kelab-kelab Pengguna juga telah diwujudkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat Institut Pengajian Tinggi untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang pendidikan kepenggunaan



Hak untuk mendapat ALAM SEKITAR yang sihat

apa yang anda boleh lakukan?
  • Kitar Semula.
  • Tanam pokok dihalaman rumah.
  • Guna kenderaan awam.
  • Kurangkan penggunaan alatan elektrik yang melepaskan CFC.
  • Pilihlah produk yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam.
  • Kurangkan penggunaan beg plastik. Gunakan beg kitar semula!
  • Jimatkan penggunaan kertas, untuk urusan berkaitan gunalah aplikasi elektronik yang mengurangkan penggunaan kertas.


Sumber: http://8hakanda.blogspot.my/p/8-hak-pengguna.html





KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN


LATAR BELAKANG

 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.

Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidaktentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.
Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.

FUNGSI KPDNKK

 
KPDNK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.
Bidang Tugas Kementerian:
(i) Perdagangan Dalam Negeri
  • Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, koperasi, francais, jualan langsung, penjaja dan peniaga kecil dan sektor hiliran petroleum;
  • Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
  • Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung;
  • Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
  • Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
  • Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik;dan
  • Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.
 
(ii) Koperasi 
  • Mengubal dasar-dasar sektor koperasi;
  • Mengawalselia sektor koperasi (Akta Koperasi 1993);
  • Melaksanakan projek dan program pembangunan; dan
  • Melaksana latihan sektor koperasi.
 
(iii) Kepenggunaan
  • Melaksanakan program pendidikan pengguna;
  • Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
  • Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.

LOGO KPDNKK

logo-2016


DEFINISI LOGO

 Gambar
Berbentuk empat segi dengan dasar warna dalamnya adalah biru dan mempunyai 3 lambang iaitu : K,P(besar) dan P(kecil)
 Empat Segi
Membawa simbol pembangunan
 Warna Biru
Melambangkan suasana perdagangan dalam negeri yang mengalakkan simbol harmoni
 Warna Putih 
Melambangkan Kementerian dan berwarna putih kerana mencerminkan Jabatan Kerajaan yang bersih,cekap dan amanah
 Huruf 'P'
P besar melambangkan perdagangan
 Huruf  'p'
P kecil melambangkan pengguna
 Warna 'P' dan 'p'
Kedua-dua tersebut berwarna emas kerana melambangkan sesuatu nilai.
 Akronim KPDNKKKPDNKK merupakan akronim kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan




TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA


LATAR BELAKANG TRIBUNAL

    1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah suatu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 1999
       
    2. Bahagian XII Akta mengandungi 37 seksyen berhubung dengan Tribunal Tuntutan Pengguna seperti keanggotaannya, bidang kuasa, prosiding, award-award yang dibuat dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.


OBJEKTIF TRIBUNAL

    1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna  di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.
       
    2. Sebelum penubuhan Tribunal, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan terpaksa dibawa ke mahkamah sivil yang mana  melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan memakan masa panjang. Ini adalah antara beberapa sebab mengapa pengguna keberatan untuk membuat tuntutan mereka terhadap peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab dan beretika di mahkamah sivil, terutama jika nilai tuntutan yang dituntut adalah kecil, walaupun sekarang telah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan tidak melebihi RM5,000.00.
       
    3. Memahami keadaan ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna  menuntut gantirugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara yang MUDAH MURAH dan CEPAT. 


KEANGGOTAAN TRIBUNAL

Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan tidak kurang daripada lima orang anggota Tribunal lain yang dilantik oleh Menteri.


BIDANG KUASA TRIBUNAL

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :
    1. apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ianya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;
       
    2. di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;
       
    3. apa-apa tuntutan berkaitan apa-apa barang atau perkhidmatan yang baginya tidak ada mekanisme tebus rugi diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;dan
       
    4. suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.


BATASAN BIDANG KUASA

Tribunal TIDAK mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-
  1. yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;

  1. bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;

  1. pertikaian mengenai hakmilik kepada mana-mana tanah atau estet atau kepentingan mengenai tanah;

  1. pertikaian mengenai hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau kematian tak berwasiat;

  1. pertikaian berkaitan dengan hal-hal:-
    1. francais
    2. nama baik;
    3. rahsia perdagangan atau harta intelek lain;
    4. apa-apa hak dalam tindakan; dan

  1. apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan  di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan berkaitan perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
  

JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIFAILKAN DI TRIBUNAL

Pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung atas apa-apa perkara berkaitan kepentingannya sebagai pengguna di bawah  Akta yang berbangkit daripada :-
  1.  Perlakuan yang mengelirukan atau memperdaya berhubung dengan barang mengenai sifat, proses pengilangan, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kualiti dan kuantit barang itu;

  1. perlakuan yang mengelirukan dan memperdaya berhubung dengan perkhidmatan mengenai sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, kualiti dan kuantiti  perkhidmatan  itu;

  1. representasi palsu atau mengelirukan berhubung dengan barang bahawa barang itu: -
    1. adalah daripada jenis, standard, gred, kualiti, kuantiti gaya atau model tertentu;
    2. mempunyai sejarah tertentu atau kegunaan tertentu atau berasal daripada tempat tertentu;
    3. baru atau baru dibaikpulih;
    4. telah dikilangkan, dikeluarkan, diproses atau dibaikpulih pada suatu masa tertentu;
    5. mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan, gabungan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah

  1. representasi palsu atau mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan bahawa perkhidmatan itu:
    1. adalah daripada jenis, standard, kualiti atau kuantiti tertentu;
    2. dibekalkan oleh mana-mana orang tertentu atau oleh mana-mana orang yang mempunyai daya ketukangan, kelayakan atau kemahiran tertentu; atau
    3. mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengedorsan, gabungan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan atau faedah

  1. gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya barang atau perkhidmatan boleh didapati;

  1. tawaran apa-apa pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya atau tidak mengadakan sebagaimana yang ditawarkan;

  1. penerimaan bayaran bagi barang atau perkhidmatan dengan niat  untuk tidak  membekalkan barang atau perkhidmatan itu atau berniat membekalkan barang atau perkhidmatan yang berbeza daripada barang atau perkhidmatan yang berkenaanya bayaran diterima;

  1. membekalkan atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak mematuhi standard keselamatan yang ditentukan berkenaan dengan apa-apa barang atau perkhidmatan atau kelas barang atau perkhidmatan

  1. Hak terhadap pembekal barang berkenaan dengan gerenti berkaitan dengan barang mengenai:-
    1. hakmilik;
    2. kualiti boleh terima;
    3. kesesuaian bagi maksud tertentu;
    4. bahawa barang mematuhi sampel atau perihal;
    5. harga munasabah;
    6. pembaikan dan barang ganti; dan
    7. kebolehdapatan barang yang serupa pada masa  hadapan

  1. Hak terhadap pembekal perkhidmatan berkenaan dengan gerenti berkaitan dengan perkhidmatan mengenai:-
    1.  ketelitian dan kemahiran munasabah;
    2. kesesuaian bagi maksud tertentu;
    3. masa siap yang munasabah;dan
    4. harga munasabah yang dikenakan.


APAKAH HAK-HAK PENGGUNA?


  • Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.
  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
  • Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
  • Hak untuk membuat pilihan
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
  • Hak untuk menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
  • Hak untuk mendapat ganti rugi
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?
  • Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan  tanda perniagaan.
  • Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
  • Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
  • Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
  • Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
  • Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
  • Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
  • Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).

Aduan Pengguna
  • Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
  • Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Kementerian untuk menyelesaikannya.

 Pengguna sering ditipu menerusi:
  • Penipuan Perkhidmatan
  • Penipuan Harga
  • Penipuan Transaksi Internet
  • Jualan Bahan Petroleum
  • Tiada Tanda Harga
  • Bengkel Kenderaan Bermotor
  • Pekhidmatan Telekomunikasi
  • Penipuan Gores Dan Menang
  • Penipuan Perjanjian Sewa Beli
  • Penyelewengan Jualan Lansung

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
  • Talian bebas tol (1-800-886-800)




PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN


1.PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN PENGGUNA

 

Gps
GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat  yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan. Segala maklumat lanjut terdapat di Portal GPS yang boleh dilayari di www.1pengguna.com/gps

Kelab
KELAB PENGGUNA SEKOLAH
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah menengah. Penglibatkan pelajar sekolah telah dilaksanakan dengan fokus kepada 3 aspek utama yang praktikal dan mudah diaplikasikan iaitu:
  • Perbelanjaan berhemah
     
  • Pemakanan seimbang
     
  • Pemeliharaan alam sekitar
Antara program yang dijalankan ialah ceramah kepenggunaan, pameran kepenggunaan, demonstrasi kepenggunaan, lawatan sambil belajar, latihan jurulatih kepenggunaan, projek kitar semula, kem KPS, pertandingan sudut pengguna serta Cabaran Interaktif Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS).

Kad
KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)
KADS1M diwujudkan oleh KPDNKK dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. KADS1M akan memberi manfaat kepada lebih kurang 1.5 juta orang pelajar IPT seluruh negara. Dalam melaksanakan inisiatif KADS1M ini, kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan dan merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi syarikat-syarikat yang memberikan diskaun serta Bank Rakyat yang mengeluarkan kad berkenaan.Diskaun 2% hingga 60% bagi barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.Segala maklumat / info, promosi terkini terdapat di Portal KADS1M yang boleh dilayari di www.1pengguna.com/kads1m



2.PROGRAM PERLINDUNGAN PENGGUNA


Bertanggungjawab tentang hal ehwal perlindungan pengguna melalui penyemakan dan cadangan undang-undang dan dasar-dasar baru untuk melindungi pengguna, menerima aduan pengguna dan menjadi urusetia kepada Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN).


ADUAN PENGGUNA

  • Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke pejabat BHEP.
     
  • Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Adalah dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa BHEP untuk menyelesaikannya.


KAJIAN SEMULA DASAR PENGUNA NEGARA (DPN) dan PELAN INDUK PENGGUNA (PIP)
 
Kementerian telah mengenalpasti keperluan untuk melaksanakan kajian semula Dasar Pengguna Negara (DPN) yang telah digubal pada tahun 2002 dan Pelan Induk Pengguna (PIP) yang dibuat pada tahun 2003. Kajian ini adalah penting untuk memastikan bahawa Dasar Pengguna Negara dan Pelan Induk Pengguna bersesuaian dengan keperluan semasa agar kekal relevan dan melindungi kepentingan para pengguna di negara ini.


SEMAKAN AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999 (Akta 599)

Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (atau Akta 599) telah berkuatkuasa pada 15 November 1999 untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna.

Sejak itu, pindaan telah dibuat sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2002, 2003, 2007 dan 2010.

Pindaan 2002 - Pindaan Subseksyen 17 (1) menyenaraikan jenis-jenis Kontrak Perkhidmatan Hadapan yang telah diwartakan oleh KPDNKK untuk maksud seksyen berkenaan.

Pindaan 2003 - menambah keanggotaan TTPM daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan serta meningkatkan award TTPM daripada RM10, 000 kepada RM25, 000.

Pindaan 2007 – memperluaskan skop Akta 599 kepada urusniaga perdagangan secara elektronik.

Pindaan terkini pada tahun 2010 bertujuan untuk membuat penambahbaikan ke atas peruntukan sedia ada di bawah Akta 599 supaya akta tersebut kekal relevan dalam menghadapi perubahan bagi amalan perdagangan pada masa kini dan mampu memberi perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pengguna. Pindaan kali ini juga memperkenalkan 2 Bahagian baru iaitu Bahagian IIIA:Terma Kontrak Tidak Adil yang menetapkan peruntukan-peruntukan bagi melindungi pengguna daripada terma-terma tidak adil yang wujud dalam sesuatu kontrak bentuk seragam dan Bahagian XIIA: Jawatankuasa Pengiklanan yang memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi memantau dan mengambil tindakan  terhadap pembekal yang mengeluarkan iklan yang mengelirukan atau palsu.




3.PROGRAM PEMBANGUNAN GERAKAN KEPENGGUNAAN


Skuad Pengguna
SKUAD PENGGUNA
SKUAD PENGGUNA dahulunya dikenali Sukarelawan Pemantau Harga (SPH) (2001-2006).  Dikenali pula dengan nama RAKAN PENGGUNA (2006 – 2011) dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.

Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula sebagai SKUAD PENGGUNA dengan tujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara. Selain itu, keahlian skuad pengguna ini dikembangkan dengan kerjasama dari NGO kepenggunaan dan NGO bukan kepenggunaan persatuan perniagaan dan orang awam. Sinergi ini amat penting dalam usaha mewujudkan satu gerakan kepenggunaan yang bersepadu dan jitu yang memperjuangkan hak-hak pengguna. Segala maklumat / info, promosi terkini serta pendaftaran ahli Skuad Pengguna secara online  terdapat di Portal SP yang boleh dilayari di www.1pengguna.com/sp

MAJLIS GERAKAN PENGGUNA KEBANGSAAN (MGPK)
Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) dipengerusikan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan dianggotai oleh semua Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri (GPN) yang terdiri daripada Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri dan Pengerusi Bersama yang terdiri daripada Ahli Persatuan Pengguna atau individu berkelayakan. Objektif MGPK ialah untuk menimbang isu-isu kepenggunaan, menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti  kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah serta berperanan sebagai badan perantaraaan (liason) di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam bidang kepenggunaan.

GERAKAN PENGGUNA NEGERI (GPN)
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dipengerusikan oleh Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri (GPN) iaitu Pengarah Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dianggotai oleh Pengerusi Bersama dan wakil-wakil dari persatuan pengguna, perwakilan dari badan-badan perniagaan Negeri, Agensi-Agensi Kerajaan diperingkat Negeri dan Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah (GPD). GPN ditubuhkan untuk menyediakan satu forum rasmi bagi membincang dan mengatasi permasalahan pengguna di peringkat negeri.  Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian untuk memberi perhatian kepada lebih ramai penduduk khasnya di peringkat negeri dan daerah yang pada masa ini kekurangan saluran untuk menyuarakan kemusykilan mereka. Dengan  adanya GPN, Kementerian telah mewujudkan satu saluran membolehkan semua pihak untuk sama-sama membincang dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pengguna.

GERAKAN PENGGUNA DAERAH (GPD)
Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan pengerusi bersama terdiri dari GPD yang dilantik, serta keanggotaan oleh wakil persatuan pengguna peringkat daerah,  perwakilan dari badan-badan perniagaan setempat, Agensi-Agensi Kerajaan peringkat daerah, serta individu yang aktif dalam bidang kepenggunaan. Tugas-tugas GPD merangkumi perkara-perkara berikut  :-
i.     Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan bagi peringkat daerah;
ii.    Memberi pandangan kepada Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan;
iii.   Membantu, menyiasat dan mengemukakan isu-isu kepenggunaan di peringkat daerah
iv.    Membantu menggerakkan Skuad Pengguna
v.     Membantu dalam program/aktiviti Anjuran KPDNKK Negeri dan cawangan

PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN PENGGUNA
KPDNKK juga sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti persatuan atau pertubuhan pengguna diperingkat daerah dan negeri. Selain itu, KPDNKK juga menjalinkan kerjasama yang erat dengan persatuan / pertubuhan pengguna dalam melaksanakan program-program pendidikan pengguna di seluruh negara. Perkara ini selaras dengan hasrat Kementerian bagi mewujudkan kerjasama tiga peringkat antara Kerajaan, badan bukan kerajaan dan pengguna di mana Kementerian bertindak sebagai pemudahcara dalam sebarang isu berkaitan.

PEMBANTU HAL EHWAL PENGGUNA DAERAH (PHEPD)
KPDNKK telah memperkenalkan program PHEPD pada 1 Mei 2007 yang merupakan satu usaha Kementerian membantu meningkatkan kesedaran dan pendidikan kepenggunaan di kalangan masyarakat khususnya di kawasan-kawasan parlimen. Program ini bertujuan membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti kepenggunaan Kementerian dengan kerjasama Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dan Gerakan Pengguna Daerah (GPD). Antara bidang tugas PHEPD adalah:
a.Membantu Kementerian melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan dikawasan masing-masing,
b.Memberi panduan dan membantu ahli masyarakat membuat sebarang aduan berkaitan dengan kepenggunaan.
c.Membantu menyebarkan maklumat berkaitan kepenggunaan kepada masyarakat setempat.

PROGRAM KEPENGGUNAAN LUAR BANDAR
Program Luar Bandar merupakan satu lagi inisiatif KPDNKK yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran kepenggunaan di kalangan rakyat khususnya bagi masyarakat luar bandar. Masyarakat luar Bandar yang tidak mempunyai pengetahuan kepenggunaan adalah sangat terdedah dengan taktik penipuan dan penyelewengan. Program Kepenggunaan Luar Bandar memberi pendedahan, kesedaran dan pengetahuan kepenggunaan kepada masyarakat luar bandar.


KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA


EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA

 

PENGENALAN

Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa.
Pelaksanaan kempen ini melibatkan dua pendekatan utama iaitu melalui kempen kesedaran di media massa dan media sosial, serta pelaksanaan Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia;
  • Merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan (domestic consumption);
  • Membantu pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasaran dengan meningkatkan permintaan tempatan; dan
  • Mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk dan perkhidmatan buatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

DEFINISI “BARANGAN MALAYSIA”

Definisi Barangan Malaysian untuk tujuan kempen ini adalah “produk mestilah dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurang-kurangnya 51% bahan / kandungan tempatan dan produk-produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti proses pengilangan (manufacturing activity)”.



1 MALAYSIA 1 HARGA


Kerajaan amat prihatin tentang kos sara hidup yang telah membebankan rakyat dan pelbagai usaha dan tindakan diambil bagi menjaga dan menjamin kesejahteraan rakyat. Justeru itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melaksanakan Program 1Malaysia 1Harga bermula Februari 2013. Program 1Malaysia 1Harga yang merupakan Inisiatif Kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy (6) : Inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di luar bandar dan pedalaman bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat dari masa ke semasa.

Program 1Malaysia 1Harga ini juga merupakan kaedah menyeragamkan harga barangan perlu bersubsidi GMT (gula, tepung serbaguna, minyak masak sawit -1kg dalam paket) termasuklah barangan keluaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu barangan Coop1Malaysia dan FAMA dan KR1M di seluruh negara. Progam ini dilaksanakan bertujuan untuk menyeragamkan harga barangan keperluan bersubsidi GMT, KR1M, Coop1Malaysia dan FAMA di Sabah, Sarawak dan Labuan sama seperti yang diperolehi di Semenanjung. Menerusi program ini juga, barangan GMT, KR1M, Coop1Malaysia dan FAMA boleh didapati daripada Kedai-Kedai KR1M, Kedai Coop1Malaysia, Agrobazar Kedai Rakyat, kedai-kedai FAMA dan peniaga-peniaga (Point-of-Sales) di seluruh Negara. 

KERATAN AKHBAR

 “keratan akhbar tentang hak pengguna”的图片搜索结果
“keratan akhbar tentang hak pengguna”的图片搜索结果

“keratan akhbar tentang hak pengguna”的图片搜索结果

“keratan akhbar tentang hak pengguna”的图片搜索结果

“keratan akhbar hak pengguna”的图片搜索结果

“keratan akhbar hak pengguna”的图片搜索结果

“keratan akhbar hak pengguna”的图片搜索结果

“keratan akhbar hak pengguna”的图片搜索结果

“keratan akhbar hak pengguna”的图片搜索结果

“keratan akhbar hak pengguna”的图片搜索结果

Untuk maklumat lanjut boleh melayari:

No comments:

Post a Comment