Kebelakangan ini, hal-hal mengenai hak asasi manusia menarik perhatian dan hangat dibincangkan dikalangan rakyat, terutamanya golongan muda baik kaum bumiputra maupun bukan bumiputra di Malaysia. Walaupun kerajaan kepimpinan Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mengamalkan dasar yang menyerlah hak kesamarataan berpaksikan hak asasi manusia antara pelbagai kaum di Malaysia, prinsip –prinsip hak asasi dan kesamarataan masih menjadi satu tema atau agenda politik untuk beberapa parti-parti politik maupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia dalam meluaskan pengaruh mereka dikalangan rakyat terutamanya dikalangan bukan bumiputra.
(a) MAKSUD PRINSIP ‘KESAMARATAAN’
Prinsip kesamarataan adalah dicetukan oleh ahli-ahli falsafah politik dan sosial seperti , Aristotle, Plato, Hobbes, Lock dan pemikir sosial semasa seperti Rawls dan Nozick. 1. Pada dasarnya , prinsip ‘kesamarataan’yang dianjurkan oleh tradisi Barat membawa pengertian manusia perlu diberi layanan sama rata. Prinsip ini kemudiannya dikaitkan dengan konsep hak asasi manusia yang dicipta oleh pemikir-pemikir politik negara Barat, khususnya pemikir politik Amerika Syarikat. Prinsip kesamarataan dijadiakan asas atau roh Perlembagaan yang digubal bagi Kemerdekaan Amerika Syarikat (USA) pada tahun 1776.
Untuk memahami intipati prinsip ‘kesamarataan’, rakyat Malaysia terlebih dahulu perlu memahami latar dan dasar ‘hak asasi manusia’ kerana ianya hubung dikaitkan dengan prinsip kesamarataan. Prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia dilihat berpaksikan kepada pemikiran modernisme. Aliran hak asasi manusia sebagai satu kerangka pemikiran muncul dari latar belakang sejarah yang kompleks dan tersendiri yang dialami oleh masyarakat Barat sekitar abad ke 16. Pemikiran modenisme pula adalah reaksi masyarakat menentang terhadap sistem budaya dan struktur berfikiran yang mengongkong kebebasan seseorang individu di negara Barat ketika institusi gereja yang mewakili sesuatu kelompok mempengaruhi pentadbiran sesebuah negara. Institusi gereja dianggap menghalang kebebasan seseorang individu.
Malah, tafsiran sempit dan peraturan-peraturan kenegaraan yang dikeluarkan oleh institusi gereja tentang realiti, hukum dan kebenaran dilihat mengekang perkembangan ilmu dan kreativiti manusia. Dengan itu, masyarakat pada ketika itu digesa bebaskan diri daripada tradisi monopoli satu kelompok masyarakat, terutamanya institusi agama, dalam menentukan kebenaran sekaligus kebebasan.
Di sinilah bermulanya idea dan gerakan untuk merombak segala sistem kepercayaan dan struktur sosial yang dianuti dan diamalkan oleh tradisi supaya manusia dapat mempertingkatkan kebebasan dan kemajuannya. Aliran pembaharuan yang umumnya dikenali sebagai ‘modenisme’ lahir sebagai satu gerakan protes terhadap unsur kongkongan, monopoli dan manipulasi sesuatu kelompok, khususnnya kumpulan agama, terhadap kebebasan dan hak-hak asasi individu dan masyarakat.
Kumpulan yang tertekan membangit merobah struktur masyarakat yang diasaskan oleh tradisi dalam usaha memperjuangkan kebenaran. Mereka menuntut supaya asas-asas tradisi digantikan dengan konsep ‘sekularisme’ yang berteraskan rasional dan diterapkan dalam semua dimensi kehidupan masyarakat.
Bagi pejuang pembaharuan, agama tidak lagi menjadi faktor penentu terhadap makna kebenaran dan dengan itu perlu digantikan dengan ‘sekularisme’ yang dianggap sebagai `agama’ yang harus disanjung tinggi. Gerakan pembaharuan ini dilihat telah berjaya merombak sistem tradisi masyarakat Barat dalam segenap aspek kehidupan mereka yang meliputi bidang pemerintahan, keilmuan, perundanngan, seni, hiburan dan tatacara moral.
Aliran pembaharuan ini dilihat bertapak kukuh dalam masyarakat Barat malah di kalangan masyarakat Timur, lebih-lebih lagi apabila Deklarasi Hak Asasi Manusiadiluluskan oleh United Nations pada tahun 1948.Pada asalnya, orang Barat membawa masuk fahaman ini menerusi sistem pendidikan yang ditubuhkan ditanah-tanah jajahan. Budaya pembaharuan ini juga berkembang dikalangan anak muda negara-negara Timur apabila mereka dihantar ke negara-negara Barat untuk menimpa ilmu dan melanjutkan pelajaran .
Pada satu sudut, budaya pembaharuan tersebut dilihat `menyuburkan hak asasi individu’ dan menegakkan prinsip ‘kesamarataan’ untuk seluruh warga negara yang hidup dikongkong oleh satu sistem pemerinthan yang tidak mementingkan kebebasan dan kebajikan seseorang individu dan masyarakat.
(b) SEMANGAT DAN NILAI HAK ASASI TERPELIHARA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Prinsip kesamarataan yang dibawa oleh aliran pembaharuan perlu di lihat dalam perspektif sejarah pembinaan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, pelopor-pelopor kemerdekaan percaya bahawa prinsip kesamarataan tanpa nilai keadilan sosial tidak mampu memperkasakan kerukunan hidup berbilang bangsa dan budaya yang sejahtera malah melahirkan sebuah negara bangsa yang bersatupadu. Dengan itu, ‘Perlembagaan Persekutuan ’digubal diambang kemerdekaan dengan memasukkan elemen –elemen asas prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia bersandarkan sejarah dan pengalaman negara ini.
Sehubungan ini, Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk mencapai kemerdekaan malah menjadi undang-undang tertinggi bagi negara ini telah menjadikan prinsipperpaduan berasaskan kepelbagaian sebagai tunjang pembentukan negara ini.
Prinsip kesamarataan secara mutlak yang dimajukan dalam perlembagaan negara-negara Barat dianggap kurang mendatangkan perpaduan yang dicita-citakan dikalangan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa,agama dan budaya.
(c) PRINSIP HAK ASASI YANG MENEKANKAN PRINSIP ‘KESAMARATAN’ TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Persekutuan adalah disediakan oleh kebijaksanaan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum yang mempelopori kemerdekaan, Kuasa Penjajah British dan Raja-Raja Melayu bersandarkan sejarah Tanah Melayu, tradisi masyarakat Melayu, pentadbiran , peraturan dan adat masyarakat Melayu yang wujud turun temurun.Malah psikologi masyarakat yang kompleks menjelang negara ini mencapai kemerdekaan telah banyak mempengaruhi proses penyediaan Perlembagaan Persekutuan.2
Namun, kerajaan Malaysia tidak abaikan prinsip kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuan malah dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan pusat didapati menjunjung peruntukan-peruntukan khusus yang terkandung dalam perlembagaan Persekutuan. Prinsip kesamarataan dilihat menyerlah dalam keseluruhan Perlembagaan Malaysia, terutamanya dalam Perkara 8dalam Perlembagaan.
Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang kecuali sebagaimana yang disebut dengan nyata nya dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 8 (2) jelas melarang sama sekali dasar diskriminasi terhadap se seorang warga Malaysia atas dasar agama,kaum,keturunan atau tempat kelahiran dan jantina.
Perkara 12 (1) pula menegaskan tiada diskriminasi terhadap seseorang untuk mendapat pendidikan berasaskan kaum, keturunan, agama dan tempat lahir.
Perkara 136 pula memuatkan peruntukan bahawa seseorang penjawat awam, tanpa mengira keturunan, agama dan tempat lahir, berhak mendapat peluang yang saksama dalam peningkatan kerjayanya dalam sektor awam.
Perkara 159 (5) – Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Perkara 10 (4), undang-undang yang diluluskan dibawahnya ,peruntukan Bahagian Tiga, Perkara 38, 63 (4) , 70, 71 (1) 72 (4) , 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis-Raja-Raja .
Menurut Perkara 159 (5) dan 161 E pula , sebarang pindaan kepada hal-hal berkaitan dengan hak kewarganegaraan hendalah mendapat sokongan majoriti 2/3 di Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah , Perkara 150 (6A) menguatkan lagi syarat pindaan tersebut bahawa tiada boleh lakukan sebarang pindaan kepada hak kewarganegaraan dalam zaman dharurat dikuatkuasakan.
Pakar-pakar perundangan berpendapat bahawa sebelum prinsip kesamarataan didilaksanakan sepenuhnya dalam sesebuah negara, kerajaan negera tersebut perlu memperkenalkan tindakan affirmative terlebih dahulu untuk terlaksana keadilan dalam bidang sosial-ekonomi kerana keadilan sosial dan ekonomi menjadi pra-syarat kepada pelaksanaan prinsip kesamarataan. 3
Peruntukan-Peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut jelas menunjukan bahawa setiap warga Malaysia adalah sama rata di sisi undang-undang malah menolak sebarang bentuk diskriminasi terhadap sesuatu kaum kecuali pertimbangan istimewa kepada kaum bumiputra dalam bidang-bidang tertentu seperti diperuntukkan dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 153 (8A) menyatakan ’Tanggungjawab Yang Di -Pertuan Agong untuk mengarah institusi Pengajian Tinggi Kerajaan (Universiti) untuk mengkhaskan kuota bagi pelajar-pelajar bumiputra’.
Namun, elemen dan ciri-ciri asas prinsip kesamarataan telah dimasukkan dalam Perlembagaan Pesekutuan yang melahirkan sebuah negara yang merdeka dan kerajaan berteraskan demokrasi Raja berperlembagaan.
Justeru itu, tidak perlu timbulkan andaian-andaian kononnya wujud kumpulan masyarakat ‘kelas dua’ atau layanan “double-standard” yang menyebelahi dan menganiayai sesuatu kaum tertentu atau orang bawahan.
Perlembagaan Persekutuan dan sistem politik ‘berkongsi kuasa’ antara kaum dilihat mendukung sistem tersendiri (built-in) yang mampu memelihara prinsip kesamarataan dan tidak berlaku gejala diskriminasi terhadap seseorang warga Malaysia berasaskan kaum,agama, budaya, jantina dan tempat lahir.
(d) KEBENARAN DAKWAAN DASAR-DASAR KERAJAAN TIDAK MENCERMINKAN PRINSIP HAK ASASI DAN KESAMARATAAN DI MALAYSIA
TIDAK BENAR. Dasar-dasar kerajaan adalah digubal berteraskan Perlembagaan Persekutuan. Penggubal Perlembagaan Persekutuan pula didapati lebih memfokuskan kepada tuntutan rakyat bersandarkan realiti dan pengalaman sejarah negara ini berbanding dengan penerapan nilai-nilai dan idelogi pemikiran politik Barat yang dianggap tidak secocok dengan budaya dan rukun hidup masyarakat Malaysia.
Namun, beberapa elemen penting yang menjadi asas kepada prinsip kesamarataan yang dimajukan oleh pemikiran Barat dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya diterapkan dalam dasar-dasar kerajaan. Malah, Malaysia lebih mementingkan prinsip memelihara jati diri pelbagai kaum dalam negara ini sambil mengambil kira prinsip –prinsip persaudaraan,kemanusiaan dan keadilan sosial yang bersifat kejagatan (universal).
Dalam konteks ini, Perlembagaan Persekutuan lebih menjamin keadilan sosial dalam beberapa bidang tertentu kepada kumpulan dan golongan masyarakat yang memerlukan pertolongan dan prihatinan kerajaan . Prinsip kesamarataan diMalaysia perlu ditafsir menurut kacamata dan paradigma keadilan sosial rakyat Malaysia dan bukan berdasarkan pengukuran acuan pemikiran politik negara Barat.
Beberapa Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamnya Perkara-Perkara berikut yang dimuatkan dalam Perlembagaan Persekutuan , sering didakwa kononnya menghalang malah bertentangan dengan prinsip kesamarataan. Malah perkara-perkara ini didakwa tidak mencerminkan prinsip kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia. Dakwaan ini adalah dilontarkan dalam konteks kefahaman prinsip kesamartaan dari perspektif acuan Barat.
Disebaliknya, Perkara-Perkara berikut telah menjamin keadilan sosial kepada rakyat dalam konteks politik, kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia .
· Artikel 89- Tanah rezeb orang Melayu
· Perkara 153- Quota mengenai perkhidmatan , permit, dsb untuk orang Melayu
· Perkara 161A- Kedudukan istimewa bumiputra Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
(e) PRINSIP HAK ASASI DAN KESAMARATAAN DALAM KALANGAN PELBAGAI KAUM TERBELA DI MALAYSIA
Kerajaan Malaysia ingin melihat keadilan sosial dalam semua dimensi kehidupan rakyat Malaysia dan bukan hanya bertumpu semata-mata kepada prinsip kesamarataan. Dalam konteks ini, kaum bumiputra didapati amat tertinggal dalam bidang ekonomi kerana dasar ’economic dualism’ yang diamal oleh penjajah British sebelum merdeka. Tekanan dan kesan dasar dual ekonomi yang menyebabkan kaum bumiputar mundur dalam bidang ekonomi dan sosial telah mendorong kerajaan campurtangan membantu mereka untuk menpertingkatkan taraf ekonomi sosial mereka seimbang dengan kaum bukan bumiputra. Statistik pendapatan purata bagi kaum Melayu pada tahun 1970 adalah RM 172, Kaum Cina RM 394 dan kaum India pula RM 304.4. Angka ini jelas menunjukkan tidak seimbangan dalam pendapatan antara kaum di Malaysia.
Sehubungan ini, kerajaan menstrukturkan dasar-dasar ekonomi, sosial dan pendidikan yang umumnya dilabelkan sebagai ‘affirmative action’ untuk melaksana keadilan sosial kepada rakyat Malaysia.Sesungguhnya, dasar ‘affirmative’ adalah digubal berasaskan peruntukan-peruntukan yang tersedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun kerajaan Malaysia menjalankan dasarafirmatif iaitu satu bentuk dasar yang bertujuan memberi pertimbangan khas dan bantuan kepada kaum bumiputra kerana mereka ditafsirkan jauh tertinggal belakang dalam bidang ekonomi dan pendidikan berbanding dengan lain-lain kaum kerana faktor sejarah dan pentadbiran penjajah British, kerajaan juga didapati tidak abaikan tanggungjawab untuk menunaikan tuntutan-tuntutan sah dan munasabah kaum bukan bumiputra.
Malah peruntukan pertimbangan khas kepada kaum bumiputra adalah satu perkara yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum terdahulu dalam menyediakan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas negara mencapai kemerdekaan.
Ini bermakna, Perlembagaan Persekutuan membenarkan tindakan afirmatif demi menjamin, stabiliti, keharmonian antara kaum dan pembangunan ekonomi.
Sehubungan ini, pakar-pakar perundangan berpendapat bahawa sebelum prinsip kesamarataan didilaksanakan sepenuhnya dalam sesebuah negara, kerajaan negera tersebut perlu memperkenalkan tindakan afirmatif terlebih dahulu supaya terlaksana keadilan dalam bidang sosial-ekonomi kerana keadilan sosial dan ekonomi adalah pra-syarat kepada pelaksanaan prinsip kesamarataan.1
(f) KEBENARAN KERAJAAN MENGEHADKAN ‘KEBEBASAN’ SESEORANG INDIVIDU DI MALAYSIA
TIDAK BENAR. Kerajaan Malaysia hanya mengesa rakyat berhati-hati dengan prinsip kebebasan kerana kebebasan mutlak boleh membawa kemudaratan kepada kesejahteraan dan keharmonian rukun hidup pelbagai kaum di Malaysia.
Memandangkan negara ini pernah diancam oleh anasir-anasir subversif yang mempunyai agenda politik untuk mengagalkan langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan seterusnya menggulingkan kerajaan yang berdaulat berterasakan Perlembagaan Persekutuan dengan cara kekerasaan (1948-1960), maka kerajaan terpaksa memasukkan Perkara –Perkara 149 -151 sebagai langkah membendung berlakunya kemudaratan kepada keselamatan awam dan Negara.
· Artikel 149- undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dsb.
· Perkara 150-Perisytiharaan darurat ( Perintah darurat diistiharkan sekiranya percaya bahawa keselamatan, kehidupan ekonomi, ketenteraman awam dalam Persekutuan terancam dan tergugat)
· Perkara 151- Sekatan-sekatan terhadap tahanan pencegahan (menahan seseorang untuk mencegah kemudaratan).
Namun, Perkara –Perkara tersebut dalam Perlembagaan didakwa kononnya menghalang kebebasan dan hak asasi manusia. Rakyat perlu sedar bahawa matlamat Perkara-Perkara tersebut dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah semata-mata untuk melindungi rakyat dan negara daripada bencana subversif supaya kerajaan dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara kaum dalam Negara dan bukan untuk menidakkan prinsip kebebesan dan kesamarataan.
(g) CARA PRINSIP HAK ASASI MANUSIA TERPELIHARA DI MALAYSIA
Kebanyakan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia didapati memartabatkan nilai-nilai hak asasi manusia terutamanya unsur kebebasan.Malah kebanyakan ciri-ciri kemanusiaan yang tercatit dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia juga didapati terkandung dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ,1999 yang digubal oleh kerajaan Malaysia.
Sebagai contoh, Perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan dan hak asasi manusia malah Akta dan perundangan yang digubal oleh kerajaan Malaysia seperti Criminal Procedure Code, Evidence Act, Courts of Judicature juga jelas mencerminkan dimensi hak asasi dan kesamarataan di Malaysia.
Selain itu, prinsip kesamarataan dan keadilan sosial juga didapati amat menyerlah dalam Akta-Akta yang menjadi perundanagn di Malaysia . Antaranya:
· EMPLOYMENT ACT
· EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT
· INDUSTRIAL RELATIONS ACT
· TRADE UNIONS ACT
· ABORIGINAL PEOPLES ACT
· CHILD PROTECTION ACT
· CONSUMER PROTECTION ACT
· DOMESTIC VIOLENCE ACT
· EDUCATION ACT
· EMPLOYEES SOCIAL SECURITY ACT
· ENVIRONMENTAL QUALITY ACT
· WORKERS MINIMUM STANDARADS OF HOUSING & AMENITIES ACT
· OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT
Namun, kerajaan berhemah dan berhati-hati dalam membenarkan rakyat mengamal kebebasan tanpa batasan atau kebesan mutlak (liberty) seperti di amalkan di negara-negara Barat.
(h) KEBENARAN MALAYSIA MENGHORMATI PRINSIP HAK ASASI MANUSIA
YA. Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang mendahului lain-lain negara yang melaungkan hak asasi manusia. Perlembagaan Malaysia didapati menyerlah dengan kebanyakan nilai-nilai dan prinsip hak asasi manusia yang termaktub dalam Universal Declaration Of Human Right, 1948 danInternatioan Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (1976). Malah, ciri-ciri hak asasi manusia dan prinsip sama rata antara munusia didapati jelas dimasukkan dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) atau Human Rights Commission, Akta 1999, yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
Perkara 7 dalam Universal Declaration Of Human Right, 1948 yang menyebut ’all are equal before the law’ jelas papar dalam Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.Malah ciri-ciri utama hak asasi manusia dan kebebasan yang dilaung-laungkan oleh negara Barat seperti berikut didapati disemarakkan dalam Perlembagaan Persekutuan ,1957.
Laporan The Human Development Report 2000yang diterbitkan oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu menyenaraikan 7 ciri kebebasan seperti berikut: 5
i. Freedom from discrimination by gender,race,ethnicity,national origin, or
religion.
ii. Freedom from want to enjoy a decent standard of living
iii .Freedom to develop and realize one’s human potential
iv. Freedom from fear of threats to personal security,from torture,arbitrary arrest,
and other violent acts
v. Freedom frominjustice and violations of the rule of law
vi. Freedom of thought and speech and to participate in decision-making and form
associations
vii. Freedom for decent work without exploitation
Sehubungan ini, satu perbandingan Perlembagaan Persekutuan dengan ciri-ciri kebebasan tersebut seperti berikut jelas menunjukkan Malaysia lebih memenuhi tuntutan-tuntutan kebebasan dan hak asasi manusia yang ditentukan oleh badan-badan dunia.
CIRI-CIRI HAK ASASI MANUSIA/
KEBEBASAN
|
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,1957
|
UNIVERSAL DECLARATION OF HUMAN RIGHTS,1948
|
KEBEBASAN DIRI
|
Perkara 5
|
Article 7- all are equal
|
KEBEBESAN BERGERAK
|
Perkara 9
|
Article 13-freedom of movement
|
BERCAKAP
|
Perkara 10
|
Article 19- express opinion
|
BERHIMPUN
|
Perkara 10
|
Article 20-peaceful assembly
|
MENUBUH PERSATUAN
|
Perkara 10
|
Article 22 & 27-social security
|
AGAMA
|
Perkara 3, 11
|
Article 18-right to religion
|
SAMA RATA
|
Perkara 8
|
Article 7- all are equal
|
PELAJARAN
|
Perkara 12,152
|
Article 23–right to work
|
MEMILIKI HARTA
|
Perkara 13
|
Article 17-own property
|
LAYAK MENYERTAI PILIHAN RAYA
|
Perkara 119
|
Article 21-takepart in government
|
Disebaliknya, negara-negara yang melaung-laungkan hak asasi manusia dan prinsip kesamarataan masih menghadapi masalah dan halangan dalam menunaikan prinsip-prinsip tersebut. Sebagai Contoh, sejarah Australia menunjukkan penghapusan salah satu kaum pribumi di Australia yang dikenali sebagai ‘Tasman Man’ .
Kerajaan Amerika dan Europah yang menjuarakan hak asai manusia menubuhkan North Atlantic Treaty 0rganization untuk menghadapi Perang Dingin dalam menentang penyebaran pemikiran dan ideologi komunisma yang dianggap boleh mengancam ideologi kapitalisme dan cara hidup bebas yang menjadi pegangan kerajaan mereka.
Malah, Eropean Ecomic Community (EEC) yang kemudiannya dikenali sebagai Eropean Union (EU) diasaskan untuk melindungi kepentingan ekonomi Negara-negara yang menyertai dalam gagasan tersebut.
USA yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1776 menjadikan prinsip kesamarataan antara manusia sebagai nadi utama Perlembagaan bertulis negaranya. USA melaungkan bahawa tiada ada dasar bersifat perkauman dalam pentadbiran kerajaan USA. Namun, dari segi realitinya, kaum kulit hitam masih mengalami pelbagai diskriminasi daripada kerajaan yang dikuasai oleh kulit putih. Perbezaan kaum masih menjadi faktor untuk diskriminasi . Malah, baru-baru ini, dalam satu laporan kepada Bangasa-Bangsa Bersatu yang disediakan oleh kerajaan pentadbiran Presiden Obama mengaku bahawa rekod USA terhadap hak asasi manusia tidaklah sempurna malah masih terdapat unsur-unsur diskriminasi t erhadap kaum minoriti. Beliau dilaporkan menyatakan "Although we have made great strides, work remains to meet our goal of ensuring equality before the law for all".
Kenyataan tersebut jelas mempaparkan bahawa walaupun USA mempunyai seorang Presiden daripada campuran kaum Afrika –Amerika , sebahagian besar rakyat Amerika kulit hitam dan Hispanic masih menghadapi masalah diskriminasi oleh dasar dan amalan yang tidak adil malah perkauman.
Begitu juga, USA dan lain-lain kuasa besar di dunia didapati berdiam diri melihat warga Palestin, termasukm kanak-kanak dibunuh dengan kejam oleh regim Israel. Pejuang-pejuang hak asasi manusia dan kebebasan juga didapati langsung tidak pedulikan apa bila sekumpulan masyarakat yang tidak perdaya dizalimi di Bosnia-Herzegovina dan Kosovo kerana perbezaan kaum dan agama.
Kerajaan Malaysia amat peka terhadap tuntutan rakyat dalam hal hak asasai manusia. Apakah kerajaan membantu memperluaskan kemudahan komunikasi internet melalui jalur lebar (broad band ) yang melahirkan sejumlah 16.9 juta pengguna internet menjelang tahun 2009 akses kepada pelbagai maklumat tanpa saringan itu bukan menghormati hak asasi manusia di Malaysia?
(i) GAGASAN 1MALAYSIA MENGANJURKAN PRINSIP KESAMARATAAN KAUM DI MALAYSIA
Gagasan 1 Malaysia menganjurkan satu hala tuju untuk melahirkan sebuah negara bangsa malaysiabersandarkan Perlembagaan Persekutuan atau umumnya disebut sebagai Perlembagaan Malaysia. Gagasan 1 Malaysia menekankan bahawa rakyat Malaysia baik bumiputra maupun bukan bumiputra akan terus mendapat perlindungan , pembelaan dan keadilan sosial seperti digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi Malaysia malah memandu pengurusan kerajaan. Gasan 1 Malaysia bukan menyamakan hak-hak antara kaum malah lebih menyemarakkan prinsip keadilan sosial dikalangan rakyat malaysia.
Sehubungan ini, kerajaan kepimpinan YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak mengubal rancangan Malaysia ke `10, Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi bagi menterjemahkan cita-cita Gagasan 1Malaysia.
Kerajaan bertekad melaksanakan pendekataninclusiveness supaya setiap rakyat dapat menikmati kemakmuran hasil pembangunan negara.Pendekatan ini dijangka akan menjamin keadilan sosial kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan tidak akan ada sesiapa pun yang berasa terpinggir. Prinsip progresif dan pragmatism akan memandu dasar-dasar negara demi membela kepentingan rakyat sambil junjung dan menghormati peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penduduk dikawasan pendalaman, sama ada dikampong,kampong baru atau ladang-ladang akan diberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Jawatankuasa-jawatan kuasa Kabinet mengenai hal ehwal kaum India dan Bumiputra Sabah dan Sarawak akan terus digerak untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah –masalah yang dihapai oleh kumpulan sasaran tersebut.
Bagi penyertaan kaum bumiputra dalam sektor ekonomi pula kerajaan akan mengambil pendekatan baru berasaskan emat prinsip utama iaiatu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan ketelusan.
Antara dasar-dasar kerajaan yang progresif, pragmatik dan prihatin seperti berikut dijangka membantu keadilan sosial terlaksana dalam bidan sosial dan ekonomi. :
· Mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 % pada tahun 2004 kepada 2.3 % untuk Semenanjung dan daripada 23% kepada 16% bagi Sabah dan daripada 7.5% kepada 4.2% bagi Sarawak. Kadar kemiskinan bagi keseluruhan disasarkan turun kepada 2.8% menjelang tahun 20130.
· Pendapatan puta bagi kaum Bumiputera’s telah meningakat 5.2% iaitu daripada RM2,711 pada tahun 2004 kepada RM3,156 dalam tahun 2007.
· Pendapatan purata bagi kaum Cina meningkat 3.0% iaitu daripada RM4,437 kepada RM4,853 .
· Pendapatan purata kaum India meningkat 3.2% iaitu daripada RM3.456 kepada RM3,799
· Pendapatan purata masyarakat luar bandar juga didapati meningkat sebanyak 6.8% daripada RM1,875 Kepada RM2,283.
· Dalam bidang sektor equiti pula, hak milik kaum Bumiputera meningkat daripada 18.9 % kepada 19.4% dalam tahun 2006.Manakala hak milik kaum bukan bumiputra meningkat daripada 40.6% in 2004 kepada 43.9% in 2006.
· Hak milik kaum bumiputra dijangka meningkat kepada 20% atau 25% menjelang tahun 2010,
· RMK 10 mensasarkan meningkatkan pendapatan isi keluarga daripada RM2,000 kepada RM4,000 per month supaya dapat meningkatkan kadar peratus golongan yang menerima pendapatan tinggi dalam mengurangkan perbezaan antara kaum dan etnik (income divide).
P Pendek kata, kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak sedang berusaha meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia tanpa mengira kaum melalui strategi meningkat pendapatan per kapita negara kasar daripada RM23,066 dalam tahun 2007 kepada RM 38,850 atau 12,140 dolar Amerika pada tahun 2015. Taraf serta kualiti hidup rakyat terutamanya golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah diberi tumpuan sambil menyediakan peluang yang saksama dan melindungi golongan yang mudah terjejas.
(j) KESAN PROSES GLOBALISASI KEPADA NILAI- JATI RAKYAT MALAYSIA
Malaysia tidak boleh dikecualikan dalam proses globalisasi yang melanda dunia pada hari ini. Proses globalisasi memungkinkan pengimpotan pelbagai ideologi dan prinsip dan cara hidup dari Barat kerana dunia kini adalah dunia tidak bersempadan budaya yang tidak secocok malah bertentangan dengan ajaran agama rakyat Malaysia seperti budaya hedonism, pornograpi, termasuk budaya homoseksual dan hubungan muhram dijangka masuk ke dalam negara kita bertopengkan prisip kesamarataan dan hak asasi manusia.
Prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia yang dilaung-laungkan oleh setengah kumpulan masyarakat bukanlah azimat yang mampu mengatasi semua kepincangan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia. Malah prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia yang ambil sebulat-bulat dari pemikiran Barat tanpa mengambil kira realiti sosial-ekonomi dan jiwa rakyat Malaysia dijangka akan mengoncangkan asas-asas pembentukan negara bangsa dan masyarakat Malaysia.John Rawl, seorang pemikir kebebasan abad 20 pernah menyarankan bahawa prinsip keadilan (principles of justice) lebih penting daripada kebebasan mutlak. 6
Sehubungan ini, prinsip kesamarataan yang berpaksikan kemanusiaan dan keadilan sosial adalah ideologi dan rukun hidup masyarakat Malaysia. Justeru itu, sebarang usaha untuk merobah struktur masyarakat yang terbina berteraskan Perlembagaan Malaysia yang berpaksikan kemanusiaan dan keadilan sosial akan mengancam keharmonian hidup dan keselamatan masyarakat berbilang bangsa. Malah usaha mencabar institusi pemerintahan berasaskan kepada Perlembagaan Malaysia adalah satu tindakan yang boleh memporakperandakan perpaduan dan harmoni masyarakat yang terbina sejak merdeka dan akan menjadi batu halang kepada rukun hidup yang aman, sejahtera dan stabil bagi generasi akan datang.
KESIMPULAN
Prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia adalah nilai-nilai normatif yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Namun, kerajaan Malaysia berikhtiar melaksanakan prinsip-prinsip tersebut dalam konteks realiti sosial-politik-budaya masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Namun, rakyat , terutamnya golongan muda yang lahir paska zaman kemerdekaan perlu memahai,mentafsir dan menghayati intipati Perlembagaan Malaysia (Persekutuan Persekutuan) yang mendukung prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia daripada perspektif sejarah , pemikiran sosial-politik pelbagai kaum, keperluan dan cita-cita nasional. Malah rakyat perlu memahami rational dasar afirmatif diperkenalkan di Malaysia untuk menjamin keseimbangan ekonomi antara kaum supaya keadilan sosial terlaksana. 7
Oleh itu , rakyat perlu elak pertikai peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan kerana Perlembagaan Persekutuan telah membukti melindungi dan membela hak-hak dan kepentingan semua kaum di Malaysia malah terus menyuburkan bentuk kerajaan demokratik yang unggul di Malaysia.
RUJUKAN:
1 .EMMETT BARCALAW, JUSTICE EQUALITY & RIGHTS,THOMSON WADSWORTH, CANADA , 2004, M.S.56
2.HRM SULTAN AZLAN SHAH “ CONSTITUTIONAL MONARCHY,RULE OF LAW AND GOOD GOVERNANCE”,THOMSON,SWEET & MAXWELL ASIA, 2004, PG.38.
3. SHAD SALEEM FARUQI, “DOCUMENT OF DESTINY (THE CONSTITUTION OF THE FEDERATION OF MALAYSIA”,STSTAR PUBLICATIONS (MALAYSIA ) BERHAD, 2008, M.S. 273
4. ANAND SUDIR, INEQUALITY AND POVERTY IN MALAYSIA-MEASUAREMENT AND DECOMPOSITION,OXFORD UNIVERSITY PRESS,1983,M.S.30
5.EMMETT BARCALAW,JUSTICE EQUALITY & RIGHTS,THOMSON WADSWORTH, CANADA , 2004, M.S.102
6.RAWLS, JOHN. A THEORY OF JUSTICE. REV. ED. CAMBRIDGE, MASS.: HARVARD UNIVERSITY PRESS, 1999.
7. JUST FAALAND, JACK PARKINSON AND RAIS B.SANIMAN,”GROWTH AND ETNNIC INEQUALITY, MALAYSIA’S NEW ECONOMIC POLICY (NEB”), CHR.MICHELSEN INSTITUTE, BERGEN,NORWAY,1990